awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'The Alligator' mahu bangkit buru gelaran ONE Championship

Bernama
Bernama
13/10/2022
09:39 MYT
'The Alligator' mahu bangkit buru gelaran ONE Championship
Jaguh welterweight Malaysia Agilan Thani bertekad untuk bangkit merangkul gelaran dalam saingan One Championship. - Gambar fail/Instagram/Agilan Thani
KUALA LUMPUR: Selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut, jaguh welterweight Malaysia Agilan Thani bertekad untuk bangkit merangkul gelaran dalam saingan One Championship.
Atlet seni bela diri campuran (MMA) yang lebih dikenali 'The Alligator' itu optimis mampu mempersembahkan magis ketika pertempuran seterusnya menentang Ilja Stojanov dari Jerman di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 22 Okt ini.
Bagaimanapun, atlet berusia 27 tahun itu mengakui perlu lebih bersedia terutama apabila lawannya mempunyai rekod lebih baik dengan tujuh kemenangan tanpa sebarang kekalahan dan hanya satu seri.
Agilan pula, mempunyai rekod 10 kemenangan dan tujuh kekalahan dalam saingan One Championship.
"Untuk tiga kekalahan berturut-turut sebelum ini, semua kena faham saya kalah dengan juara dunia, jadi mereka memang hebat. Saya mengambil pengajaran daripada kekalahan dan akan cuba buat yang terbaik untuk kali ini.
"Seperti biasa, saya telah membuat persiapan lebih enam minggu termasuk latihan sebulan di Phuket Fight Club, Thailand bulan lepas. Ia bagus untuk saya kerana dapat rakan seperlatihan yang berkualiti di sana," katanya kepada pemberita di gelanggang latihannya di sini hari ini.
Agilan berkata beliau sedang melakukan persiapan terakhirnya untuk menurunkan sekurang-kurangnya sekilogram bagi kategori welterweight, yang memerlukan berat badan atlet antara 77 hingga 83.9 kilogram.
Kali terakhir beliau merangkul kejuaraan adalah pada Disember 2019 ketika bertemu jaguh Amerika Syarikat (AS) Dante Schrio, sebelum kecundang kepada Tyler McGuire juga dari AS, Hiroyuki Tetsuka (Jepun) dan Tae Ho Jin (Korea Selatan).
Agilan tidak pernah tewas ketika menjadi atlet amatur, yang seterusnya menyaksikan beliau merangkul kejuaraan kebangsaan Malaysia sebelum menjadi profesional dengan memenangi enam pertarungan berturut-turut di pentas global ONE Championship untuk memperoleh pukulan di Kejohanan Dunia Welterweight.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ONE Championship
#Agilan Thani
#jaguh welterweight Malaysia
#MMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan