awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amirulhadi sah milik JDT

Bernama
Bernama
27/12/2013
23:00 MYT
Amirulhadi sah milik JDT
Mohd Amirulhadi Zainal (kiri) ketika beraksi menentang Hong Kong dalam satu perlawanan persahabatan pada Februari 2013. --fotoBERNAMA
Kontroversi yang melibatkan bekas pemain sayap kebangsaan, Amirulhadi Zainal terungkai apabila Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) memutuskan beliau sah menjadi milik pasukan Johor Darul Takzim (JDT).
Pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini dikatakan telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Persatuan Bola sepak Negeri Pahang tetapi baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak apabila diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT untuk musim depan.
Jawatankuasa Status FAM yang bermesyuarat Jumaat telah mendapati kontrak Amirulhadi bersama Pahang didapati meragukan.
"Kontrak pemain Amirulhadi Zainal dengan Persatuan Bola sepak Negeri Pahang pada pandangan kami meragukan dan oleh itu kami menganggap kontrak itu tidak sah," kata pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu sidang akhbar di Wisma FAM di sini, pada Jumaat.
"Kontrak itu menjadi sah kalau sekiranya kontrak itu ditandatangani oleh semua pihak yang berkenaan. Yang kedua, perlu dinyatakan dengan jelas apakah perkara-perkara, terma-terma, syarat-syarat perlu dinyatakan.
"Dengan kata lain, kalau menandatangani kontrak kosong, itu tak sahlah. Kami mendapati ada keraguan dalam kontrak ini," kata Takiyuddin.
Beliau bagaimanapun enggan menjelas lanjut berhubung kontrak Amirulhadi dengan Persatuan Bola sepak Negeri Pahang.
Menurut Takiyuddin, dalam kes melibatkan Amirulhadi itu, Persatuan Bola sepak Negeri Pahang tidak berhak untuk menuntut sebarang pampasan daripada JDT mahupun daripada pemain berkenaan.
Namun, Amirulhadi sendiri tidak terlepas begitu sahaja sebaliknya beliau dikenakan denda berjumlah RM25,000 berikutan kegagalan pemain itu mendedahkan keadaan sebenar kepada JDT sebelum menandatangani kontrak.
Takiyuddin berkata ketiga-tiga pihak dibenarkan mengemukakan rayuan kepada FAM sebelum Rabu ini.
Topic Berkaitan
#Amirulhadi Zainal
#FAM
#JDT
#Johor Darul Takzim
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan