awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar harap Qu Puteh terus menaja skuad Kelantan

Bernama
Bernama
30/09/2016
23:31 MYT
Annuar harap Qu Puteh terus menaja skuad Kelantan
Datuk Seri Vida dilaporkan tidak mahu meneruskan lagi penajaan ekoran prestasi skuad Kelantan yang tidak konsisten dalam saingan Liga Malaysia musim ini. - Gambar Bernama
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berharap penaja utama pasukan bola sepak negeri itu, Vida Beauty Sdn Bhd dapat meneruskan penajaan seperti yang dipersetujui sebelum ini.
Annuar berkata penajaan berkenaan adalah berdasarkan kontrak-kontrak tertentu yang telah dipersetujui termasuk tempoh masanya.
"Kita sayang dengan Qu Puteh ini (merujuk kepada syarikat tersebut). Ia satu penaja yang unik dan tersendiri. Kita harap ia dapat menaja kita sampai tahun depan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini pada Jumaat.
Sebelum ini, pemilik syarikat kosmetik berkenaan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida dilaporkan tidak mahu meneruskan lagi penajaan ekoran prestasi skuad Kelantan yang tidak konsisten dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Hasmiza juga mendakwa produk minuman dan jersi yang dikeluarkan syarikatnya tidak mendapat sambutan daripada para penyokong.
Awal Januari lalu, Vida Beauty menandatangani kontrak penajaan bernilai RM16 juta untuk menaja skuad The Red Warriors bagi tempoh dua musim. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#KAFA
#Qu Puteh
#Vida Beauty Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan