awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anugerah Ballon d'Or 2020 dibatal kerana COVID-19

Israr Khalid
Israr Khalid
20/07/2020
12:35 MYT
Anugerah Ballon d'Or 2020 dibatal kerana COVID-19
Setakat ini, Lionel Messi menjadi pemenang terbanyak anugerah Ballon d'Or iaitu enam kali. - Gambar fail
FRANCE Football mengumumkan bahawa Ballon d'Or tidak akan dianugerahkan kepada mana-mana pemain bola sepak untuk tahun 2020.
Kata majalah bola sepak mingguan itu, keputusan itu diambil berikutan "tiada situasi adil yang mencukupi" ekoran pandemik COVID-19 yang menyerang dunia tahun ini.
Ia sekali gus bermakna buat kali pertama dalam sejarah, pengiktirafan berprestij itu tidak dianugerahkan kepada sesiapa sejak diperkenalkan 64 tahun lalu iaitu pada 1956.
Pemenang tahun lalu, Lionel Messi juga akan terus memegang takhta sebagai pemain terbaik dunia untuk lagi 12 bulan sehingga edisi tahun depan.
Ketika ini, bintang Argentina dan Barcelona itu menjadi pemenang terbanyak iaitu enam kali, diikuti seteru rapatnya bintang Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang memegang lima gelaran.
Topic Berkaitan
#anugerah
#Ballon d'Or
#bola sepak
#COVID-19
#pemain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan