awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anugerah Laureus: Bintang tenis, Jannik Sinner dibatalkan pencalonan selepas positif doping

Astro Arena
Astro Arena
28/02/2025
10:26 MYT
Anugerah Laureus: Bintang tenis, Jannik Sinner dibatalkan pencalonan selepas positif doping
Sinner yang didapati positif menggunakan Agen Anabolik, Clostebol, menjelaskan bahan terlarang tersebut secara tidak sengaja digunakan menerusi urutan dan terapi sukan. - Stadium Astro
AKADEMI Laureus secara rasmi membatalkan pencalonan pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, untuk anugerah 'World Sportsman of the Year' susulan penggantungan tiga bulan akibat pelanggaran peraturan doping.
Sinner yang didapati positif menggunakan Agen Anabolik, Clostebol, menjelaskan bahan terlarang tersebut secara tidak sengaja digunakan menerusi urutan dan terapi sukan yang diberikan oleh ahli pasukan sokongannya.
Penggantungan yang bermula awal Februari ini dijadualkan akan berlanjutan sehingga 4 Mei.
“Kami telah mengikuti perkembangan kes ini dengan teliti, termasuk keputusan daripada badan antarabangsa yang berkenaan.
"Kami merasakan bahawa penggantungan selama tiga bulan ini menjadikan pencalonannya tidak lagi layak,” kata Pengerusi Akademi Laureus, Sean Fitzpatrick, dalam surat rasmi kepada ahli panel pencalonan.
“Jannik dan pasukannya telah dimaklumkan mengenai keputusan ini," tambahnya.
Selepas berjaya mempertahankan gelaran Terbuka Australia bulan lalu, pemain berusia 24 tahun itu terkandas dalam dua ujian doping pada Mac 2024.
Bagaimanapun, dia masih dibenarkan untuk terus bertanding sementara menunggu proses rayuan.
Keputusan ujian positif itu hanya didedahkan beberapa hari sebelum Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat, apabila badan kesatuan membebaskannya daripada sebarang kesalahan, sekali gus mencetuskan kontroversi di salah satu kejohanan Grand Slam paling berprestij tahun lepas.
Ramai pemain dan peminat meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pihak berkuasa yang membenarkan Sinner terus beraksi meskipun ujian dopingnya menunjukkan keputusan positif.
Mereka mendakwa pemain Itali itu mendapat layanan istimewa kerana statusnya sebagai pemain nombor satu dunia. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Jannik Sinner
#pencalonan dibatal
#bintang tennis
#Akademi Laureus
#World Sportsman of the Year
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan