MANAMA (Bahrain): Arab Saudi bakal menganjurkan kejohanan bola sepak Piala Asia buat julung kali bagi negara itu pada 2027.
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, dengan rekod tiga kali memenangi Piala Asia (1984, 1988 and 1996) daripada enam kali memasuki final serta enam kali mewakili Asia dalam Piala Dunia, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut yang diasaskan pada 1956.
Hasrat Arab Saudi untuk menganjurkan pertandingan itu akhirnya tercapai selepas 43 daripada 46 negara anggota Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang menghadiri Kongres AFC ke-33 di Pusat Konvensyen Gulf, di sini, pada Rabu, mengundi hak penganjuran diberikan kepada monarki itu.
Turkmenistan dan Palestin bagaimanapun tidak mengundi.
"Kami teruja untuk bekerjasama dengan SAFF (Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi) dan Kerajaan Arab Saudi dalam menganjurkan Piala Asia AFC yang akan diingati oleh peminat dan pemain pada 2027," kata Presiden AFC Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa.
Sebelum ini Arab Saudi turut mendapat hak penganjuran Sukan Asia 2034 di Riyadh dan Sukan Musim Sejuk Asia 2029.
Sementara itu Presiden Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Arab Saudi Putera Abdulaziz Turki Al Faisal Al Saud berkata: "Ia satu penghormatan dipilih untuk menganjurkan Piala Asia dan ini adalah saat yang bersejarah dan hebat untuk bola sepak Arab Saudi.
"Pengalaman yang kami ada dalam menganjurkan acara sukan dan hiburan besar bermakna kami bersedia untuk memberikan yang terbaik."
Arab Saudi merupakan satu-satunya negara menawarkan diri untuk menganjurkan edisi 2027 itu setelah empat negara lain iaitu Uzbekistan, Iran dan India menarik diri, manakala Qatar jatuh kelayakan setelah meraih hak penganjuran bagi edisi tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023

Arab Saudi merupakan satu-satunya negara menawarkan diri untuk menganjurkan edisi 2027 itu setelah empat negara lain iaitu Uzbekistan, Iran dan India menarik diri. - Facebook Saudi 2027

Bungkusan ubat gigi 'ganja' misteri: Polis kenal pasti pengirim kepada PM, Rafizi
Polis telah mengenal pasti pengirim bungkusan mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
![[TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib [TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016504/7377782631680238540358_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib

Lelaki pukul imam diarah jalani pemeriksaan mental
Ahmad Paijan ketika pertuduhan dibacakan kepadanya dan ditanya sama ada faham atau tidak, hanya menjawab 'saya terdengar suara'.

China-AS: 'Saya tidak menentang sesiapa' - PM Anwar
Tiada pihak yang harus menentukan pendirian Malaysia untuk 'berpihak' kepada mana-mana negara termasuk dalam hubungan dua hala melibatkan ekonomi.

Kes SRC : Tiada sesiapa yang kebal undang-undang - V. Sithambaram
Keputusan Mahkamah Persekutuan menujukkan pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bermotifkan politik oleh pihak pendakwaan. "Tiada sesiapa yang kebal undang-undang," katanya. #AWANInews

Insentif pertama kali buat anggota sukarelawan, petunjuk baharu perhatian kerajaan
Pemberian bantuan Aidilfitri bernilai RM300 kepada lebih 200,000 sukarelawan agensi penguat kuasa dilihat sebagai petunjuk baharu bahawa kumpulan berkenaan sentiasa diberi perhatian.

Pantau Belanjawan: Inisiatif memperkasa kerjaya wanita

Yang di-Pertuan Agong berangkat tiba di Labuan untuk lawatan tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba untuk lawatan tiga hari di Labuan.

Kerajaan cadang perkenal e-invois tahun depan, pastikan tiada pihak elak cukai
Penggunaan kaedah invois elektronik (e-invois) mampu memacu pendapatan negara dengan lebih positif, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

JDT yakin terus dominasi, perhitungan 'Raja Lembah Klang' KL-Selangor
SELEPAS lebih seminggu Liga Super berehat, minggu ini saingan kembali dengan menampilkan susunan perlawanan mengagumkan.

Herve Renard letak jawatan ketua jurulatih Arab Saudi
Arab Saudi mengumumkan peletakan jawatan ketua jurulatihnya, Herve Renard, yang akan disahkan menjadi ketua jurulatih skuad wanita Perancis.

Arab Saudi sumbang kurma, al-Quran dan tajaan majlis berbuka puasa
Kerajaan Arab Saudi sumbang 35 tan kurma, 17,000 naskhah al-Quran serta majlis berbuka puasa nasi mandy ayam untuk 15,000 orang.

Siapa pegang kunci Kaabah?
Kunci Kaabah dibuat daripada nikel, disalut dengan emas 18 karat sementara panjangnya pula 35 sentimeter.

Lawatan rasmi ke luar negara bukan untuk kemuliaan peribadi - Zambry
Ia selepas pembangkang baru-baru ini mengkritik lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi ke Arab Saudi dengan mendakwa sebagai gagal.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Mac 2023.

Lawatan PM ke Arab Saudi: Wisma Putra sifatkan tanggapan tidak berasas
Menurut Wisma Putra, tuduhan berhubung lawatan ke Arab Saudi disifatkan sebagai tanggapan yang tidak berasas atas kepentingan politik sempit.

Wan Ahmad Fayhsal desak penjelasan lawatan ke Arab Saudi, Speaker tegur jangan seperti zoo
Ahli Parlimen Machang itu meminta cadangan saluran lain untuk mendapat penjelasan berhubung perkara tersebut.

Tidak ada satu pun negara tidak sambut saya - Tun M
Lawatan rasmi Anwar dianggap gagal dan memalukan negara kerana tidak berjumpa dengan pemimpin tertinggi negara tersebut.

Usul lawatan PM ke Arab Saudi ditolak - Wan Ahmad Fayhsal
Walau bagaimanapun, Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu berkata, pembangkang telah menyediakan usul tergempar berkaitan isu tersebut.