awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi kemuka permohonan rasmi jadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia

Bernama
Bernama
04/08/2022
04:02 MYT
Arab Saudi kemuka permohonan rasmi jadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia
Beberapa wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji dan mencatat penurunan suhu ketara awal tahun ini. - Gambar hiasan YouTube/NEOM
RIYADH: Arab Saudi pada Rabu menyerahkan permohonan rasmi untuk menjadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-10, lapor Xinhua.
Permohonan itu dikemukakan Jawatankuasa Olimpik Paralimpik Arab Saudi kepada Majlis Olimpik Asia, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Andai diluluskan, Arab Saudi bakal menjadi negara pertama di Asia barat yang menganjurkan acara itu sejak pelancarannya pada 1986, selepas Jepun, China, Korea Selatan dan Kazakhstan.
Pejabat Eksekutif Majlis Olimpik Asia akan mengadakan pertemuan di Kemboja pada Oktober sebelum mengadakan Perhimpunan Agung Majlis Olimpik Asia bagi menyemak permohonan itu.
Lebih 32 negara dan wilayah di Asia dijangka mengambil bahagian dalam temasya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia
#Arab Saudi
#AWG
#Jawatankuasa Olimpik Paralimpik Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan