awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arsenal beli penjaga gol baru dari Sheffield United

Astro Arena
Astro Arena
21/08/2021
06:19 MYT
Arsenal beli penjaga gol baru dari Sheffield United
Arsenal melengkapkan pembelian penjaga gol, Aaron Ramsdale, daripada kelab Liga Kejuaraan, Sheffield United, dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai RM138.58 juta beserta bayaran tambahan. - Foto Stadium Astro
ARSENAL melengkapkan pembelian penjaga gol, Aaron Ramsdale, daripada kelab Liga Kejuaraan, Sheffield United, dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai £24 juta (RM138.58 juta) beserta bayaran tambahan.
Ramsdale terpilih mewakili England dalam Euro 2020 selepas Dean Handerson terpaksa menarik diri kerana kecederaan walaupun Jordan Pickford beraksi dalam setiap minit sepanjang kempen The Three Lions.
Pemain berusia 23 tahun itu menyertai Sheffield United daripada Bournemouth tahun lalu tetapi dsingkirkan dua kali berturut-turut daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas The Blades menamatkan musim lalu di tangga kedua tercorot.
Bagaimanapun, pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berpandangan pemain itu mampu memberikan saingan buat penjaga gol utamanya, Bernd Leno, dan mungkin calon pengganti jangka panjang buat pemain kebangsaan Jerman itu.
Arsenal mengesahkan dalam laman web rasmi mereka semalam bahawa penjaga gol itu telah menandatangani kontrak jangka panjang di Stadium Emirates dan yuran perpindahannya boleh meningkat sehingga £30 juta (RM173.23 juta) seandainya dapat beraksi cemerlang.
The Gunners, yang tewas kepada pasukan baru, Brentford, dalam perlawanan pertama EPL musim ini, telah menandatangani lima pemain baru, di mana Ramsdale akan menyertai Ben White, Albert Sambi Lokonga, Nuno Tavares dan pemain perancang, Martin Odegaard.
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Aaron Ramsdale
#Kelab Liga Kejuaraan
#England
#Euro 2020
#Bournemouth
#Liga Perdana Inggeris
#Mikel Arteta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan