awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arul harap Speedy Tigers kekal momentum untuk atasi Ireland

Bernama
Bernama
02/12/2022
11:43 MYT
Arul harap Speedy Tigers kekal momentum untuk atasi Ireland
Malaysia membenam Jepun 5-1 untuk mara ke separuh akhir sebagai naib juara kumpulan dengan enam mata. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan bertekad meneruskan momentum kemenangan untuk mengatasi Ireland pada separuh akhir Kejohanan Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2022 di Afrika Selatan, esok.
Ketua jurulatihnya, A. Arulselvaraj berkata skuad 'Speedy Tigers' yang bangkit daripada kekalahan tipis kepada Korea Selatan untuk mara ke separuh akhir dengan menewaskan Kanada dan Jepun, mempunyai semangat yang tinggi untuk meneruskan rentak cemerlang mereka.
Beliau turut berharap aksi menentang pasukan ranking ke-12 dunia itu yang dijadualkan pada waktu cuaca panas, jam 1.30 tengah hari waktu tempatan di Stadium NWU Astro, Potchefstroom, dapat memberikan kelebihan kepada anak buahnya yang menghuni ranking ke-10 dunia.
"Saya rasa kekuatan pasukan Ireland terletak pada beberapa pemain yang beraksi di Liga Belanda dan Belgium. Ireland juga nampak kuat apabila berjaya meraih sembilan mata daripada tiga aksi (untuk muncul juara Kumpulan A).
"Namun, kita mempunyai kepantasan sebagai kekuatan kita, yang diharap dapat memerangkap mereka. Selain itu, waktu perlawanan pada tengah hari juga dapat membantu kita," katanya menerusi video yang dikongsikan.
Mengikut rekod pertemuan, Malaysia, yang muncul juara Piala Sultan Azlan Shah buat julung-julung kalinya pada awal bulan lepas, telah mencatatkan lima kemenangan, manakala Ireland mencatatkan empat kemenangan dengan dua kali aksi terikat.
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B dengan kekalahan tipis 1-0 kepada juara Piala Asia 2022, Korea Selatan, sebelum bangkit mengatasi Kanada 3-2 dan membenam Jepun 5-1 untuk mara ke separuh akhir sebagai naib juara kumpulan dengan enam mata, di belakang Korea Selatan dengan sembilan mata.
Satu lagi aksi separuh akhir bakal menyaksikan pertembungan antara Korea Selatan dan tuan rumah Afrika Selatan.
Juara kejohanan itu akan meraih tiket ke Liga Pro FIH yang menghimpunkan pasukan terbaik dunia bagi musim 2023-2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Speedy Tigers
#hoki Malaysia
#Piala Negara-Negara FIH
#Afrika Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan