awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro siar 64 perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 secara langsung

Bernama
Bernama
07/11/2013
23:52 MYT
Astro siar 64 perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 secara langsung
Stesen televisyen berbayar Astro akan menyiarkan secara langsung kesemua 64 perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil mulai 12 Jun hingga 13 Julai tahun depan.
Ketua Pegawai Operasi Astro Malaysia Holdings Bhd, Henry Tan berkata perlawanan itu akan disiarkan melalui 10 saluran serta beberapa perlawanan dengan ulasan bahasa Malaysia menerusi saluran Astro Arena.
"Daripada 10 saluran itu, lima dalam siaran berdefinisi standard manakala bakinya dalam siaran berdefinisi tinggi (HD)," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan Astro sebagai penyiar utama rasmi di Malaysia bagi kejohanan paling berprestij itu, di sini hari ini.
Tan berkata buat pertama kali, pelanggan Astro boleh menonton kesemua perlawanan menerusi komputer riba, Tablet, telefon bimbit pintar menerusi perkhidmatan 'Astro-On-The Go'.
"Perkhidmatan ini adalah percuma untuk pelanggan Astro yang ada pakej sukan manakala harga langganan untuk bukan pelanggan masih dalam penelitian," katanya.
Beliau berkata pelanggan yang tidak ada pakej sukan dan pelanggan NJOI boleh membeli pas khas untuk menonton kesemua perlawanan itu.
Sementara itu, Ketua Perniagaan Segmen Sukan Astro, Lee Choong Kay berkata pelanggan Astro boleh memuat turun aplikasi 'Stadium Astro World Cup' yang akan menyediakan semua maklumat berhubung perlawanan termasuk detik-detik penting perlawanan dan statistik setiap perlawanan.
"Kami akan memaklumkan bilakah aplikasi itu boleh dimuat turun menerusi App Store atau Google Market," katanya.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Supersports
#Piala Dunia 2014
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan