Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) akan memohon kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) agar mempertimbangkan untuk tidak membatalkan kemenangan pingat emas 3m papan anjal seirama yang diraih pada Sukan SEA 2017.
Presidennya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ia adalah bagi memberi keadilan kepada pasangan Wendy Ng Yan Yee yang didapati positif doping jenis Sibutramine yang pada kebiasaannya terdapat dalam produk pelangsing badan iaitu Nur Dhabitah Sabri.
"ASUM mencadangkan agar hukuman penarikan balik pingat emas hanya bagi acara 3m papan anjal individu milik Wendy Ng. Ini adalah berdasarkan hasil ujian diambil selepas acara individu dan bagi memberi keadilan kepada Dhabitah," katanya kepada media di Pusat Akuatik Nasional di Bandar Sukan Kuala Lumpur.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata mengikut prosedur pengendalian keputusan ujian doping, pihak ASUM akan menjalankan siasatan serta proses pendengaran melibatkan Jawatankuasa Siasatan yang bakal ditubuhkan anggota exco ASUM.
Pihak jawatankuasa akan mengemukakan cadangan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh Wendy Ng berdasarkan kepada hasil siasatan tersebut.
Mengikut peraturan Agensi Anti Doping Dunia (WADA), hukuman automatik selama dua tahun akan dikenakan ke atas mana-mana individu yang didapati positif ujian doping namun pihak ASUM berhak mempertimbangkan jangka masa yang sesuai bagi hukuman itu.
Shahidan berkata sebarang keputusan daripada ASUM akan dibawa kepada Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).
Mengulas lanjut, beliau tidak menafikan pihaknya terkejut dengan berita ini ekoran Wendy Ng merupakan seorang atlet yang berdisiplin dan bersih daripada sebarang kontroversi.
"ASUM menyokong keputusan WADA dan Wendy Ng akan digantung daripada sebarang aktiviti sehingga proses pendengaran selesai. Namun beliau akan kembali kepada skuad kebangsaan sebaik sahaja pendengaran dan hukuman selesai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2017

Shahidan pada sidang media mengenai penerjun wanita negara, Wendy Ng Yan Yee yang didapati positif ujian doping semasa Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017, di Pusat Akuatik Nasional, hari ini. --fotoBERNAMA

Anwar dakwa kerajaan gagal kawal COVID-19
Tegas Anwar kerajaan sejak dari dahulu dilihat tidak konsisten terutamanya dari segi prosedur operasi standard (SOP).

Kini, bekerja secara 'remote', norma baharu warga Astro AWANI
Cabaran utama bekerja secara remote adalah memastikan perjalanan kerja yang lancar biarpun dengan jumlah pasukan yang agak terhad.

Cerita Sebalik Berita: Ibu 8 anak | Cabaran PdPR selepas pulih COVID-19
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Cerita Sebalik Berita: Sindiket dadah terbesar negara akan didakwa
Seramai 13 ahli sindiket dadah terbesar negara termasuk ketua sindiket akan didakwa di Mahkamah Majisteret Johor Bahru pada Selasa.

Bagaimana AS di bawah pentadbiran Biden?
Indo-Pasifik akan sentiasa menjadi keutamaan bagi Amerika walaupun Presiden Biden perlu memperbaiki hubungan-hubungan diplomatik yang telah dirosakkan oleh Trump.

COVID-19: Thailand akan mulakan program vaksinasi bulan depan
Thailand setakat ini merekodkan hanya 13,687 jangkitan dan 75 kematian akibat COVID-19.

Tumpuan AWANI 7:45 - Perjuangan belum berakhir | Elak salah guna kuasa
Setahun pandemik COVID-19 melanda Malaysia, negara masih bergelut dengan peningkatan kes sejak kebelakangan ini. Bersih 2.0 cadang dana tidak langsung dalam bentuk subsidi untuk parti politik untuk kurangkan rasuah. Perinciannya di astroawani.com dan AWANI 7:45 malam ini.

PKPD di Kuarters dan Penjara Taiping bermula esok
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan bermula 26 Januari 2021 sehingga 8 Februari 2021.

Malaysia boleh dipimpin PM wanita, tapi proses itu ambil masa - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan seorang pemimpin wanita akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti.

Jabatan Peguam Negara bantah permohonan MUDA cabar tindakan RoS tolak pendaftaran parti
Bantahan itu dibuat atas alasan permohonan tersebut adalah pramatang dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Terjun: Kontinjen negara raih dua emas di Bukit Jalil
Mereka cemerlang mengumpul 298.98 mata keseluruhan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, pada hari pertama yang menawarkan tiga emas.

Dua kejohanan tempatan medan uji perenang para negara
Dua kejohanan domestik akan dianjurkan sebagai medan menguji keupayaan dua perenang para negara.

ASUM timbang panggil Jun Hoong kembali jalani proses pemilihan ke Piala Dunia 2020
Jun Hoong sebelum ini, terpaksa berehat panjang kerana mengalami kecederaan lutut dan tidak menyertai sebarang pertandingan sejak Mei tahun lepas.

Doping: Wendy Ng mohon sidang video
Wendy sepatutnya menghadiri pendengaran kes doping itu di Switzerland tetapi memohon pertimbangan itu susulan perbelanjaan ke negara itu sangat tinggi.

Jurulatih terjun dari Australia ganti Zhuliang
Zhang Yukun akan bertindak sebagai jurulatih sementara ketika menunggu ketibaan jurulatih baharu yang dijangka tiba di Malaysia pada Januari tahun depan

ASUM akan cadang hanya tarik pingat emas individu Wendy Ng
Presidennya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ia adalah bagi memberi keadilan kepada pasangan Wendy Ng Yan Yee yang didapati positif doping jenis Sibutramine.

Shahidan bakal lepas jawatan Presiden ASUM
Datuk Seri Shahidan Kassim akan meninggalkan jawatan sebagai Presiden Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum).