KUALA LUMPUR: Bekas ratu boling negara Shalin Zulkifli memuji aksi cemerlang skuad boling lelaki negara yang bukan sahaja mengakhiri penantian selama 15 tahun untuk muncul juara acara lima berpasukan malah turut menyapu bersih acara All Event di Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) di Hong Kong, baru-baru ini.
Bekas pemain nombor satu Asia itu berkata kemenangan anak buah Ben Heng itu membuktikan prestasi mereka berada pada tahap terbaik berbanding penampilan di Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2022 di Queensland, Australia tahun lepas yang kurang menyerlah.
"Macam sebelum ini, kita memang tahu skuad boling lelaki bagus cuma mereka berdepan laluan sukar untuk menang emas, jadi kali ini di Hong Kong, mereka semua pertajamkan skil permainan untuk tamatkan penantian 15 tahun, jadi memang sangat bagus.
"Mungkin prestasi kurang memberangsangkan skuad wanita kerana sudah lama tiada Kejohanan Tenpin Boling Asia," katanya kepada pemberita di sini.
Shalin, 44, mengakui kemenangan jaguh boling negara Muhammad Rafiq Ismail sudah dapat dijangka, apabila pemain nombor satu Asia itu bertindak cemerlang mengetuai cabaran negara dengan membawa pulang empat pingat emas.
Pada aksi berlangsung di Pusat Boling Persatuan Olahraga China Selatan di Hong Kong baru-baru ini, acara trio dibarisi Muhammad Rafiq, Ahmad Muaz Fishol dan Timmy Tan mempamerkan aksi cemerlang selepas melakukan 4,677 jatuhan pin sekali gus menidakkan kemaraan trio Korea Selatan.
Muhammad Rafiq bersama rakan sepasukan Syafiq Ridhwan, Mohd Syazirol Shamsudin, Tun Hakim, Timmy dan Ahmad Muaz, seterusnya meraih pingat emas acara lelaki lima berpasukan dengan melakukan 7,323 jatuhan pin.
Atlet kelahiran Selangor itu turut beraksi cemerlang mengungguli acara Masters lelaki selain skuad negara menyapu bersih acara All Event lelaki dengan beliau membuat jatuhan pin tertinggi sebanyak 6,128 bagi meraih emas.
Kemenangan itu menyaksikan skuad negara menutup cabaran di Hong Kong dengan membawa pulang empat pingat emas, lima perak dan tiga gangsa.
Shalin bagaimanapun memaklumkan tiada kejohanan terdekat buat skuad negara apabila sukan berkenaan tidak dipertandingkan di Sukan SEA Kemboja 2023 dan Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023
Menurut Shalin, kemenangan anak buah Ben Heng itu membuktikan prestasi mereka berada pada tahap terbaik berbanding penampilan di Queensland, Australia tahun lepas. - Stadium Astro
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
ATBC: Shalin puji aksi cemerlang skuad boling lelaki negara
Kemenangan anak buah Ben Heng itu membuktikan prestasi mereka berada pada tahap terbaik berbanding penampilan di Queensland, Australia tahun lepas.
Bersediakah Malaysia kehilangan dua lagi ikon sukan?
Bersediakah kita kehilangan dua lagi atlet berstatus legenda sekiranya mereka mengambil pendekatan sama tahun depan?
Bersara atau tidak, tunggu Sukan Asia 2022, kata Shalin
Mungkinkah temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia detik terakhir ratu boling negara, Shalin Zulkifli, menyarung jersi 'Malaysian Heroes'?