awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Athachai dinobatkan juara Piala Majlis Sukan WP

Bernama
Bernama
27/03/2022
09:36 MYT
Athachai dinobatkan juara Piala Majlis Sukan WP
Athachai (kiri) muncul juara bagi kategori 63-67kg dan Khuzairi Azim Mohd Kamal (kanan) pula juara bagi kategori 45-48kg masing-masing menerima piala sempena Jelajah AKM Negeri Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra hari ini. - Bernama
KANGAR: Teruja melihat bapanya, seorang penggiat Muay Thai beraksi di gelanggang ketika kecil, mendorong anak jati Perlis Athachai A/L Kiang, 20, untuk memasang impian menjadi atlet sukan itu pada peringkat kebangsaan suatu hari nanti.
Athachai hari ini dinobatkan sebagai pemenang Piala Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WP) dalam kategori berat 63.5 sehingga 67 kilogram (kg), yang berlangsung sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini hari ini.
Penyertaannya dalam pertandingan itu ternyata 'langkah kanan' buat Athachai, setelah tidak pernah meraih gelaran juara di mana-mana kejohanan besar sebelum ini.
Athachai yang merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik menewaskan Mohd Afiq Aiman Mohd Adnan, 20, dari Kedah.
"Untuk Sukan Malaysia (Sukma) Kuala Lumpur pada 29 Sept hingga 8 Okt nanti saya akan menyertai kategori Persembahan Muay Wai Kru, yang akan bertanding dari segi tarian sahaja," katanya yang sering berlatih di gelanggang Saiprawat Muay Thai Gym di Kampung Teluk Epa, Utan Aji, milik bapanya.
Seramai 100 orang peserta daripada empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis berentap dalam pertandingan itu.
Program Jelajah AKM menutup tirai hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#athachai kiang
#Muay Thai
#majlis sukan WP
#Juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan