awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet bina badan Singapura Pradip Subramanian meninggal dunia selepas sertai tinju

Bernama
Bernama
24/09/2017
03:09 MYT
Atlet bina badan Singapura Pradip Subramanian meninggal dunia selepas sertai tinju
Dilaporkan Subramaniam (kiri) menggantikan bekas peserta Singapore Idol, penyanyi Sylvester Sim yang menarik diri daripada perlawanan disebabkan isu insurans. - Facebook AFC
Presiden Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia Singapura Pradip Subramanian meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada Sabtu, demikian menurut Asia Fighting Championship (AFC).
Dalam satu kenyataan awal pagi pagi ini, AFC berkata Subramanian meninggal dunia pada 9 malam.
"Kami sentiasa berhubung dengan kakitangan perubatan di hospital bagi memastikan punca kematian," kata AFC.
Sementara itu, Channel News Asia (CNA) melaporkan Subramanian, 32, meninggal dunia selepas menyertai perlawanan tinju menentang personaliti YouTube Steven Lim di Marina Bay Sands pada awal malam Sabtu.
Menurut laporan itu, Lim, 41, memenangi perlawanan tersebut menerusi 'knockout' teknikal.
CNA turut melaporkan Subramanian menggantikan bekas peserta Singapore Idol, penyanyi Sylvester Sim yang menarik diri daripada perlawanan disebabkan isu insurans.
Dalam catatan Facebooknya, Lim mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
"Ini saat yang menyedihkan buat saya apabila mengetahui tentang berita yang memeranjatkan itu! Anda ajar kami semua tentang nilai keberanian dan kekuatan serta kepentingan gaya hidup sihat dan cergas. Salam takziah kepada anda, anda memang hero kami," kata Lim.
Sementara itu, AFC berkata projek Subramian, AFC Physique Championships yang dijadualkan hari ini akan dibatalkan sebagai tanda penghormatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital
#meninggal dunia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan