Melihat keadaan fizikal, tiada siapa menyangka Yee Sze Mun, yang akan menyertai edisi ke-13 Kejohanan Ironman Langkawi 2015 esok, sudah berumur 78 tahun.
Lebih membanggakan apabila anak kelahiran Sentul, Kuala Lumpur itu disambut meriah oleh lebih 1,100 atlet dari 53 negara selepas menerima anugerah 'Hall of Fame' atas penglibatannnya buat kali ke-20 dalam kejohanan Ironman (Malaysia dan dunia).
Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli, di Majlis Makan Malam bersempena Kejohanan Ironman Langkawi 2015, di sini malam tadi.
Yee yang menyertai Kejohanan Ironman pertamanya di Kona, Hawaii pada 1995 ketika berumur 58 tahun berkata dia berasa terharu dan gembira dengan anugerah yang diberikan dan ia menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk terus menyertai kejohanan itu.
Menceritakan bagaimana dia boleh menceburkan diri dalam Ironman, Yee berkata dia mendapat dorongan untuk menyertai kejohanan itu selepas melihat liputan Ironman yang dilaporkan oleh media antarabangsa di televisyen.
"Apabila melihat liputan kejohanan itu, saya berasa kagum dengan kemampuan manusia yang mampu untuk menghabiskan tiga disiplin sukar yang melibatkan renang, berbasikal dan larian, itu menjadi dorongan untuk saya mencuba sendiri.
"Saya masih ingat perasaan berenang seawal 7 pagi pada penyertaan pertama Ironman dan itu menjadi kayu ukur untuk melihat sama ada saya mampu untuk menghabiskan semua disiplin atau tidak. Atas dasar percaya kepada diri, siapa sangka tahun ini merupakan kali ke-20 penyertaan saya dalam Kejohanan Ironman," katanya kepada Bernama hari ini.
Katanya, ini juga merupakan kali ke-13 dia menyertai Kejohanan Ironman Langkawi sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2000.
Beliau berkata disiplin memainkan peranan penting untuk menyertai kejohanan itu kerana perlu menjalani latihan bagi membiasakan diri dengan disiplin yang sukar ditambah pula usianya yang hampir mencecah 80 tahun.
"Saya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang sukan tetapi kerana minat yang mendalam saya menjalani latihan sendiri. Pada peringkat awal saya menjalani latihan tiga kali seminggu dan perlahan-lahan saya mampu berlatih sehingga 26 jam tanpa henti sebagai persedian sebelum menghadapi mana-mana kejohanan Ironman.
"Sekarang umur sudah hampir mencecah 80 tahun jadi tempoh latihan terpaksa dikurangkan mengikut kemampuan fizikal saya," katanya.
Yee berkata dia tidak sabar untuk menyertai kejohanan esok selepas beberapa perubahan kepada lokasi perlumbaan dilakukan tahun ini dengan acara renang akan bermula dari Hotel Danna di Pantai Kok, sebelum melalui Jalan Teluk Yu untuk berbasikal, dan acara larian bermula di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan berakhir di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa.
"Kejohanan pada tahun ini menarik dan diakui berbasikal akan menjadi disiplin paling sukar selain berenang dan larian, bagaimanapun tiada apa yang mampu menghalang saya untuk sampai ke garisan penamat," katanya.
Esok, kira-kira 1,100 atlet dari 53 negara akan berentap memburu gelaran juara Kejohanan Ironman Langkawi 2015 edisi ke-13 yang membabitkan tiga disiplin perlumbaan iaitu berenang sejauh 3.8km, berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km
Bernama
Fri Nov 13 2015
Yee Sze Mun, 78, bergambar bersama anugerah 'Hall of Fame' yang dimenangi sejauh penglibatan beliau selama 20 tahun dalam kejohanan Ironman pada majlis makan malam meraikan peserta Ironman 2015, Khamis. - Gambar Bernama
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Panglima Tentera Darat dimasyhur ahli ke-300 'Hall of Fame' USACGSC
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mencipta sejarah, apabila dimasyhurkan sebagai ahli ke-300 International Hall of Fame USACGSC.
KBS percaya BWF ada sebab kukuh beri pengiktirafan kepada Chong Wei
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) percaya Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mempunyai sebab yang kukuh sebelum mereka memutuskan untuk memberi pengiktirafan kepada Chong Wei.
Wujud 'Hall of Fame' tokoh kelahiran Ipoh, termasuk Michelle Yeoh
Ia seperti muzium khas bagi menghargai tokoh kelahiran bandar raya Ipoh yang berjaya mengharumkan nama negara.
Zamrose terima anugerah Hall of Fame ke-15 MTAT
Hall of Fame MTAT merupakan pengiktirafan berprestij kepada pegawai terbilang yang telah mencapai merit jawatan tertinggi.
Banyak perkara baharu boleh dilakukan selepas bersara- Nicol
Nicol merupakan pemain yang paling banyak memenangi kejohanan dalam sukan skuasy dan menjadi inspirasi kepada jutaan peminat di seluruh dunia.
Sting dimasukkan ke Dewan Kemasyhuran WWE
Bintang lagenda, Sting akhirnya dinamakan sebagai penerima pertama untuk anugerah Dewan Kemasyhuran (Hall of Fame) WWE bagi tahun 2016.
Atlet Malaysia sertai Ironman kali ke-20 terima anugerah 'Hall of Fame'
Melihat keadaan fizikal, tiada siapa menyangka Yee Sze Mun, yang akan menyertai edisi ke-13 Kejohanan Ironman Langkawi 2015 esok, sudah berumur 78 tahun.