awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet negara gagal raih pingat pada hari kedua kejohanan Olahraga Asia

Bernama
Bernama
08/07/2017
03:32 MYT
Atlet negara gagal raih pingat pada hari kedua kejohanan Olahraga Asia
Khairul Hafiz dibatalkan penyertaannya dalam acara akhir 100 meter setelah melakukan dua kesalahan semasa memulakan acara. - Gambar fail
Atlet negara gagal meraih sebarang pingat pada hari kedua Kejohanan Olahraga Asia ke-22 di Stadium Kalinga, Odisha, India pada Jumaat.
Raja pecut negara Khairul Hafiz Jantan dibatalkan penyertaannya dalam acara akhir 100 meter setelah melakukan dua kesalahan semasa memulakan acara, bersama pelumba China, Tang Xingqiang.
Bekas juara remaja Asia, Hassan Taftian dari Iran mengalahkan juara bertahan Femi Seun Onugode dari Qatar di garisan penamat untuk memenangi pingat emas dengan masa 10.25 saat mendahului 0.01 ke atas pememag tempat kedua sementara atlet Taiwan, Yang Chun-Han meraih pingat gangsa dengan catatan 10.31 saat.
Seorang lagi atlet negara Zaidatul Husniah Zulkifli hanya menduduki tempat keempat daripada tujuh orang pelumba dalam acara 100 meter wanita dengan catatan masa 11.70 saat sementara rakannya Siti Fatimah Mohamad di tempat keenam dengan catatan 11.87 saat.
Acara itu dimenangi atlet Kazakhstan, Viktoriya Zyabkina dan Olga Safronova yang masing-masing memenangi emas dan perak dengan catatan 11.39 saat dan 11.45 saat, sementara atlet tuan rumah Dutee Chand merangkul pingat gangsa dengan catatan 11.52 saat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#100m lelaki
#Kejohanan Olahraga Asia
#Khairul Hafiz Jantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan