awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet negara harus naiki podium di kejohanan kebangsaan

Bernama
Bernama
27/10/2015
13:16 MYT
Atlet negara harus naiki podium di kejohanan kebangsaan
Setiausaha Agung MAKAF Vincent Chen Chee Hong mahukan atlet negara mengekalkan prestasi dan membuktikan status mereka sebagai yang terbaik. -Gambar: Bernama
Atlet negara yang beraksi di Kejohanan Karate Kebangsaan dari 31 Okt hingga 1 Nov ini perlu memastikan diri berada di kedudukan podium.
Amaran itu diberikan Setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Vincent Chen Chee Hong, yang mahukan atlet negara mengekalkan prestasi sambil membuktikan status mereka sebagai yang terbaik di negara ini.
"Atlet negara baru pulang daripada menyertai Liga Perdana Persekutuan Karate Dunia (WKF) di Austria dari 17-18 Okt. Mereka sudah melepasi syarat ditetapkan dan apa yang perlu dilakukan sekarang adalah untuk sekurang-kurangnya mendapat penamat podium.
"Semua atlet kebangsaan perlu menyertai kejohanan ini kecuali cedera atau dalam proses pemulihan...ini adalah antara penilaian untuk mereka," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Vincent berkata seramai 200 atlet akan mengambil bahagian dalam kejohanan kebangsaan kali ini, kurang daripada tahun-tahun sebelumnya berikutan tarikh yang hampir dengan peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Selain itu, kejohanan kali ini menjadi platform untuk jurulatih negara, Andris Vasiljevs mengenalpasti bakat baru bagi diserapkan dalam skuad kebangsaan.
"Andris akan memilih atlet berbakat dan mencadangkannya kepada pengurusan pasukan. Kami akan memutuskannya mengikut dua kriteria iaitu sama ada mereka berada dalam skuad kebangsaan sebelum ini atau pernah dikenakan tindakan disiplin," katanya.
Pemenang pingat emas Sukan Asia 2014, Syakilla Salni Jefry Krisnan, Hoe Thomson, Emmanuel Leong, Ricky Leong dan S. Shree Sharmini adalah antara atlet kebangsaan yang akan mengambil bahagian di kejohanan itu yang mempertandingkan 18 kategori.
Topic Berkaitan
#Kejohanan Karate Kebangsaan
#makaf
#Vincent Chen Chee Hong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan