awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet Olimpik dibekalkan 37 kondom setiap seorang

Agensi
Agensi
02/02/2018
22:01 MYT
Atlet Olimpik dibekalkan 37 kondom setiap seorang
Setiap atlet yang beraksi di temasya Olimpik Pyeongchang bakal mendapat bekalan 37 kondom seorang.
TEMASYA Sukan Olimpik musim sejuk di Pyeongchang dijadual bermula minggu depan.
Apa yang menariknya?
Khabar terbaru dilaporkan penganjur Olimpik Pyeongchang membekalkan sejumlah 110,000 kondom khas untuk para atlet.
Jumlah itu adalah melebihi apa yang dibekalkan penganjur Olimpik musim sejuk di Sochi, Rusia.
Bagaimanapun, ini bukanlah memberi bayangan mengenai aktiviti utama atlet ketika temasya.
Kebiasaannya atlet mempunyai akses untuk pelbagai kemudahan seperti pusat kecergasan, makanan, pusat media serta pusat ibadat untuk pelbagai agama.
Sebaliknya jurucakap pengeluar kondom Korea Selatan, Convenience memaklumkan kondom itu dibekalkan sebagai tanda muhibah kepada atlet.
Berdasarkan kiraan mudah, perkampungan Olimpik dijangka menerima 2,925 atlet yang mewakili 90 negara.
Ini bermakna setiap atlet bakal mendapat bekalan 37 kondom seorang.
Jumlah kondom itu disifatkan terlalu banyak untuk temasya sepanjang dua minggu.
Bekas pemenang pingat Olimpik 2012, Dara Torres pernah memberitahu,
"Apa yang berlaku di perkampungan sukan, akan kekal di perkampungan sukan".
Berikut sejarah kondom dalam Sukan Olimpik moden.
1998 Olimpik Musim Panas: Kondom diedarkan buat pertama kali secara terbuka di Seoul 1988, Korea Selatan, bagi mengurangkan penyebaran HIV.
1994 Olimpik Musim Sejuk: Penganjur mengedarkan kondom percuma kepada atlet, petugas media, selebriti sebagai sebahagian kempen kesedaran AIDS di Lillehammer, Norway.
2000 Olimpik Musim Panas: Penganjur mengedarkan 90,000 kondom kepada atlet di temasya di Sydney, Australia.
2010 Olimpik Musim Sejuk: Pusat Kawalan Penyakit British Colombia mengedarkan 100,000 kondom untuk atlet dan pegawai di Vancouver.
2016 Olimpik Musim Panas: Penganjur peruntukan 450,000 kondom untuk diedarkan kepada atlet di Rio de Janeiro. Ia bersamaan dengan setiap atlet mendapat bekalan 42 kondom setiap seorang.
Topic Berkaitan
#AIDS
#Australia
#Colombia
#HIV
#kondom
#Korea Selatan
#Korea Utara
#Media
#Olimpik
#Pyeongchang
#Rio de Janeiro
#Rusia
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan