Atlet Sukan SEA di Bangkok tidak perlu risau, situasi selamat - Mohamad Hasan

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kontinjen negara di Sukan SEA di Bangkok, Thailand, tidak perlu bimbang dengan keselamatan mereka berikutan ketegangan antara Thailand dan Kemboja yang masih berterusan. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kontinjen negara di Sukan SEA di Bangkok, Thailand, tidak perlu bimbang dengan keselamatan mereka berikutan ketegangan antara Thailand dan Kemboja yang masih berterusan.
Beliau berkata Bangkok dan Chonburi berada dalam keadaan selamat, manakala pertempuran antara kedua-dua negara hanya berlaku di kawasan sempadan.
"Atlet negara di Sukan SEA di Bangkok dan ibu bapa tidak perlu risau, pertempuran itu cuma di kawasan sempadan sahaja, ia tidak melibatkan kawasan-kawasan lain," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan dan sumbangan peringkat Parlimen Rembau, di sini hari ini.
Sukan SEA 2025 berlangsung 9 hingga 20 Dis, manakala Sukan Para ASEAN (APG) 2025 dijadual bermula dari 20 hingga 26 Jan depan.
Malaysia menghantar 1,142 atlet disertai 515 pegawai bagi Sukan SEA 2025, manakala APG 2025 melibatkan 236 atlet dan 117 pegawai.
Negara menetapkan sasaran 200 pingat tanpa mengira warna, dengan beberapa acara sukan telah bermula sejak minggu ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


