awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aubameyang bawa khabar ceria tandatangani kontrak baru tiga tahun di Arsenal

Astro Arena
Astro Arena
16/09/2020
03:03 MYT
Aubameyang bawa khabar ceria tandatangani kontrak baru tiga tahun di Arsenal
Dalam musim penuh pertamanya bersama Arsenal pada 2018-19, Aubameyang (gambar) menyumbang 22 gol untuk muncul meraih anugerah Kasut Emas. - Gambar fail REUTERS
PIERRE-Emerick Aubameyang mengakhiri spekulasi mengenai hala tujunya dengan menandatangani kontrak baru selama tiga tahun bersama Arsenal.
Kesepakatan asal ketua pasukan The Gunners itu sebelum ini akan berakhir Jun depan dan dia akhirnya bersetuju untuk memperbaharui perjanjian bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.
Penyerang produktif itu telah melakar 72 gol dalam 111 penampilan sejak bergabung dengan kelab London tersebut daripada Borussia Dortmund dengan bayaran £56 juta (RM298.7j) pada Januari 2018.
"Untuk melanjutkan kontrak bersama kelab istimewa ini tidak pernah diragui," katanya kepada laman sesawang rasmi Arsenal.
"Terima kasih kepada peminat, rakan sepasukan, keluarga dan semua orang di kelab ini yang saya membuatkan rasa seperti berada tempat sendiri.
"Saya menaruh kepercayaan terhadap Arsenal. Kami dapat meraih pencapaian besar bersama-sama. Kami mempunyai sesuatu yang menarik di sini dan saya percaya yang terbaik akan menyusul buat Arsenal."
This is where you belong, Auba @Aubameyang7 pic.twitter.com/sgViWSBYWf
— Arsenal (@Arsenal) September 15, 2020
Dalam musim penuh pertamanya bersama Arsenal pada 2018-19, Aubameyang menyumbang 22 gol untuk muncul meraih anugerah Kasut Emas manakala musim lalu, pemain berusia 31 tahun itu menikmati satu lagi kempen hebat apabila meledak 29 gol dalam 44 penampilan.
Dia turut menyumbat kedua-dua gol The Gunners dalam kemenangan separuh akhir dan final Piala FA ke atas Manchester City dan Chelsea selain meneruskan penampilan hebatnya di Wembley menerusi sentuhan menarik dalam perebutan Piala Perisai Komuniti bertemu Liverpool bulan lalu, yang dimenangi skuad asuhan Mikel Arteta itu menerusi penentuan sepakan penalti.
Ketika spekulasi mengenai masa depan Aubameyang semakin kencang tetapi Arteta tetap menyatakan keyakinannya bahawa kapten Gabon itu akan menandatangani perjanjian baru, lantas pengurus berkenaan gembira dengan perkembangan tersebut.
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Chelsea
#EPL
#keluarga
#kontrak
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#London
#Manchester City
#Piala FA
#Pierre-Emerick Aubameyang
#spekulasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan