awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awani FC, 139associates ungguli karnival bola sepak anjuran PFA Malaysia

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
01/10/2018
08:24 MYT
Awani FC, 139associates ungguli karnival bola sepak anjuran PFA Malaysia
Awani FC juara kategori plate selepas menewaskan TV3 pada final yang diadakan di Kompleks Sukan Negara Panasonic.
Pasukan bola sepak yang dibarisi warga Astro Awani, Awani FC muncul juara saingan plate dalam karnival bola sepak anjuran Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) yang diadakan semalam.
Awani FC menewaskan TV3 2-1 menerusi penalti pada final, selepas permainan terikat 1-1 tamat masa penuh perlawanan.
Penjaga gol Awani FC, Aziz Ishak turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir bagi kategori plate.
Ia merupakan penyertaan pertama Awani FC dalam kejohanan yang dianjurkan buat tahun kedua oleh PFAM.
Sementara itu, salah satu penaja karnival, 139associates, muncul juara kejohanan, selepas menewaskan pasukan Sinar Harian 3-2.
139associates membawa pulang piala pusingan dan pingat yang ditaja asiana.my.
139associates muncul juara Karnival Bola Sepak 100plus-PFAM Bersama Media 2018. - Gambar PFA Malaysia.
139associates muncul juara Karnival Bola Sepak 100plus-PFAM Bersama Media 2018. - Gambar PFA Malaysia.
Tempat ketiga diraih Utusan FC yang menewaskan pasukan PFA Malaysia dalam penentuan sepakan penalti di separuh akhir.
Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya amat berpuas hati dengan karnival yang dianjurkan pada tahun ini yang mencapai objektif asal iaitu merapatkan hubungan antara PFA Malaysia dan rakan-rakan media serta penaja PFAM.
“Kita akan meneruskan lagi program ini dan diharapkan pihak media terus menyokong program anjuran PFAM bukan sahaja karnival ini malah lain-lain program yang dianjurkan.” kata Rezal Zambery selepas majlis penutup karnival semalam yang diadakan di Kompleks Sukan Negara Panasonic di Shah Alam.
Awani FC muncul juara kategori plate Karnival Bola Sepak 100plus-PFAM Bersama Media 2018. - Gambar PFA Malaysia.
Awani FC muncul juara kategori plate Karnival Bola Sepak 100plus-PFAM Bersama Media 2018. - Gambar PFA Malaysia.
Topic Berkaitan
#139associates
#Astro Awani
#Awani FC
#PFAM
#Rezal Zambery Yahya
#tv3
#Utusan FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan