awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#AWANIFinalUCL: Spurs semakin mantap sejak awal musim

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
31/05/2019
22:38 MYT
#AWANIFinalUCL: Spurs semakin mantap sejak awal musim
Harry Kane sedia untuk diturunkan menentang Liverpool selepas pulih dari kecederaan. - Foto Reuters
PENGURUS Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino menyifatkan skuad bimbingannya semakin mantap dan kukuh sejak musim bermula sepuluh bulan lalu.
Ini terbukti apabila Spurs berjaya mengatasi semua rintangan sepanjang musim ini untuk layak ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali pertama dalam sejarah pasukan itu.
“Pasukan kami menjadi semakin mantap sejak permulaan musim ini, 10 bulan lalu,” kata Pochettino.
“Pada masa itu kami tidak boleh membeli pemain baru kerana membuat keputusan untuk tidak menjual mana-mana pemain.
“Kami menjual Mousa Dembele pada Januari kepada China kerana ia impiannya.
“Kami tidak boleh bermain di stadium baru; terpaksa beraksi di Wembley sehingga beberapa bulan lalu.
“Kami berada di saat penting musim ini dan semua itu menjadikan kami lebih kuat. Kami berjaya mengatasi semua kesukaran.”
Ini merupakan final kedua melibatkan dua pasukan Inggeris di pentas Eropah, selepas Chelsea menewaskan Arsenal 4-1 di Baku, Azerbaijan pada Rabu untuk memenangi Liga Europa.
Persoalan yang diajukan orang ramai adalah adakah penyerang antarabangsa England, Harry Kane akan diturunkan sebagai kesebelasan utama menentang Liverpool pada perlawanan akhir itu.
Kane yang menjaringkan 24 gol musim ini berkata dia bersedia untuk bermain selepas pulih dari kecederaan ligamen pergelangan kaki kirinya dalam suku akhir UCL menentang Manchester City pada April.
Pochettino memberitahu mereka belum membuat sebarang keputusan setakat ini namun menggunakan segala maklumat yang ada untuk menang.
Pengendali dari Argentina itu dan pengurus Liverpool Jurgen Klopp, masing-masing belum pernah memenangi trofi buat kelab mereka dan final UCL bakal menentukan siapa yang bakal menamatkan kemarau kejuaraan.
Spurs akan menentang Liverpool di Madrid pada 2 Jun, 3 pagi dan anda boleh saksikan perlawanan itu secara langsung di Astro, saluran 841 beIN Sports Max.
Topic Berkaitan
#awanifinalucl
#final ucl
#Harry Kane
#Liga Juara-Juara
#Liverpool
#Mauricio Pochettino
#Spurs
#Tottenham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan