awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awas Tajikistan!

Bernama
Bernama
14/10/2023
02:00 MYT
Awas Tajikistan!
Aksi Kim Pan Gon (kiri) ketika aksi pemain Malaysia menentang India pada perlawanan Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Setelah mengejutkan India 4-2 pada perlawanan pembukaan saingan Pestabola Merdeka 2023 semalam, ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon melaungkan amaran awal apabila berdepan Tajikistan pada Selasa depan.
Ia merupakan peluang terbaik skuad negara untuk 'melunaskan dendam' kekalahan kepada pasukan di ranking ke-110 dunia itu pada aksi final Piala Raja Thailand tahun lepas.
"Kita masih ingat saat itu (final Raja Thailand), kedua-dua pasukan tidak dapat bermain dengan baik kerana hujan lebat sebelum kita tewas dalam penentuan sepakan penalti.
"Kita mempunyai peluang terbaik untuk 'balas dendam' pada perlawanan seterusnya, apatah lagi kita bermain di hadapan penyokong sendiri tapi kita tetap menghormati mereka (Tajikistan) kerana ranking mereka lebih tinggi daripada kita," katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.
Harapan Malaysia untuk menamatkan penantian 44 tahun merangkul kejuaraan Piala Raja Thailand lebur apabila tewas 3-0 kepada Tajikistan dalam penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Chiang Mai, tahun lepas.
Aksi final edisi ke-48 itu berlarutan sehingga penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan selepas tamat masa perlawanan.
Berdasarkan ranking terkini, Malaysia kini berada di ranking ke-113.
Tajikistan melangkah ke perlawanan akhir selepas mendapat 'bye' apabila Palestin menarik diri daripada saingan Pestabola Merdeka 2023 berikutan situasi tegang di negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Kim Pan Gon
#Pestabola Merdeka 2023
#Tajikistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan