BANGKOK: Juara Olimpik dan dunia Viktor Axelsen dinobatkan Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada majlis makan malam gala Jelajah Dunia Akhir BWF di sini malam tadi.
Pemain nombor satu dunia dari Denmark itu mengetepikan dua lagi pemain perseorangan iaitu juara dunia 2021 Loh Kean Yew dari Singapura dan pemain perseorangan negara yang juga nombor dua dunia, Lee Zii Jia.
Juara dunia wanita dari Jepun Akane Yamaguchi memenangi Anugerah Pemain Wanita Terbaik manakala beregu campuran dari China Zheng Siwei-Huang Yaqiong dianugerahkan Beregu Terbaik.
Anugerah tahunan sempena majlis makan malam gala Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 itu diadakan bagi mengiktiraf prestasi pemain pada musim 2021/2022.
Pemain perseorangan lelaki muda dari Jepun Kodai Naraoka menerima Anugerah Eddy Choong untuk Pemain Paling Berbakat manakala gandingan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia pula meraih Anugerah Pemain Paling Meningkat.
SUKAN-BADMINTON (ANUGERAH) 2 (AKHIR) BANGKOK
Sementara itu bagi kategori badminton para pula, Daiki Kajiwara (berkerusi roda 2) dari Jepun dan juara dunia perseorangan wanita SU5 Manisha Ramadass dari India dinamakan Pemain Para Terbaik, masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita.
Pasangan dari Jerman Rick Hellmann-Thomas Wandschneider pula memenangi Anugerah Beregu Para Terbaik.
Menurut BWF, calon-calon dipilih berdasarkan prestasi pemain pada musim 2021/2022 bermula 1 Nov 2021 hingga 31 Okt 2022 dengan mengiktiraf pencapaian pemain elit serta para bagi perseorangan dan beregu dalam lapan kategori.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022

Viktor Axelsen (kiri) dan Akane Yamaguchi.

Bintang 'Bridgerton' Rege-Jean Page dinobat lelaki paling kacak menurut sains
Simetri wajah Page 93.65 peratus tepat kepada Nisbah Emas Yunani yang mengukur kesempurnaan fizikal.

Mangsa banjir di Sabah menurun, Johor meningkat, Pahang kekal
JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Pitas dan Lahad Datu dijangka kekal, manakala di Paitan mungkin menurun hari ini.

PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Singapura esok
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatan itu atas jemputan rakan sejawatannya, Lee Hsien Long.

Pas akan bincang tarikh PRN dengan pimpinan tiga negeri dikuasai PH
Setakat ini pihaknya belum memutuskan tarikh PRN sehingga perbincangan dilakukan bersama pimpinan negeri yang lain.

Tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului - Tunku Ismail
Menurut Tunku Ismail, pengadil dari Serbia itu juga gagal mengawal perlawanan.

Tunjuk Perasaan | Puluhan ribu warga pendidik berhimpun
Berpuluh-puluh ribu guru dan warga pendidik awam di Portugal mengadakan tunjuk perasaan untuk menuntut keadaan pembelajaran di sekolah yang lebih baik, gaji yang berpatutan dan penghormatan terhadap kerjaya mereka.

Politik | Jeneral bersara NATO Presiden baharu Republik Czech
Jeneral bersara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Petr Pavel menjadi Presiden baharu Republik Czech selepas berjaya menewaskan bekas Perdana Menteri, Andrej Babis dalam pilihan raya yang diadakan pada Sabtu.

Banjir | New Zealand tanggung tahap kemusnahan yang teruk
Tiga orang maut manakala seorang lagi hilang selepas banjir besar melanda seluruh bandar Auckland, ekoran hujan lebat yang berterusan selama dua hari sejak Jumaat.

COVID-19 | Jepun tarik semula penggunaan pelitup muka
Jepun akan menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan akan menurunkan taraf klasifikasi COVID-19.

Bila PRN? | Pas akan hubungi pimpinan 3 negeri ditadbir Pakatan Harapan
PAS akan menghubungi pimpinan tiga negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dalam waktu terdekat untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri, PRN.

Vitidsarn, Se Young kejutkan pemain pilihan rangkul kejuaraan Terbuka India
Kunlavut Vitidsarn dari Thailand menundukkan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen, 22-20, 10-21, 21-12.

Chong Wei sumber inspirasi, Axelsen mahu menang lebih banyak kejuaraan
Beliau berharap dapat menyaingi rekod Chong Wei dalam memenangi 46 gelaran Super Series.

Axelsen tewaskan Naraoka untuk pertahan gelaran Terbuka Malaysia
Pemain badminton nombor satu dunia Viktor Axelsen memulakan kempen musim 2022 dengan baik sama seperti musim lepas, dengan mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia.

Terbuka Malaysia: Naraoka selangkah lagi cipta sejarah, Axelsen menanti di final
Kodai Naraoka tinggal selangkah lagi untuk menjadi wakil pertama Jepun berpeluang merangkul gelaran juara perseorangan.

Terbuka Malaysia: Axelsen, Yamaguchi mara ke separuh akhir
Jaguh perseorangan dunia, Viktor Axelsen dan Akane Yamaguchi masing-masing melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.

Badminton Terbuka Malaysia: Daren beri kemenangan percuma kepada Axelsen
Perseorangan profesional negara Liew Daren menarik diri daripada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 hari ini, akibat kecederaan betis kanan.

Terbuka Malaysia: Axelsen mudah ke pusingan kedua
Axelsen, selaku pemain nombor satu dunia, dijadual menentang pemain profesional negara, Liew Daren, Khamis ini.

Terbuka Malaysia: Daren mungkin tak jadi lawan Axelsen
Pemain di kedudukan ke-31 ranking dunia yang mara ke pusingan kedua selepas mengatasi Toma Junior Popov dari Perancis.

Axelsen, Yamaguchi pemain terbaik BWF
Anugerah tahunan sempena majlis makan malam gala Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 itu diadakan bagi mengiktiraf prestasi pemain.

Tiada kelibat Zii Jia, Axelsen di Masters Malaysia
Berdasarkan jadual perlawanan terkini dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), nama Zii Jia dan Axelsen tiada dalam senarai bertanding pada kejohanan tersebut.