awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azizulhasni gagal dalam misi raih podium Kejohanan Berbasikal Trek Dunia

Bernama
Bernama
09/08/2023
22:00 MYT
Azizulhasni gagal dalam misi raih podium Kejohanan Berbasikal Trek Dunia
Azizulhasni mara ke pusingan separuh akhir selepas berjaya menempatkan diri selaku empat pelumba terpantas pada peringkat suku akhir. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang gagal melangkah ke peringkat akhir saingan keirin elit lelaki Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland pada Rabu.
Laluan pelumba berusia 35 tahun itu tersekat, selepas beliau menamatkan aksi saringan pertama pusingan separuh akhir di kedudukan keempat, demikian menurut laman sesawang rasmi kejohanan UCI;www.uci.org.
Hanya tiga pelumba terpantas setiap saringan, akan mara ke aksi final.
Terdahulu, Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman, mara ke pusingan separuh akhir selepas berjaya menempatkan diri selaku empat pelumba terpantas pada peringkat suku akhir.
Juara dunia keirin 2017 itu yang kemudiannya beraksi dalam perlumbaan penentuan tempat ketujuh hingga 12 awal pagi ini, menamatkan saingan pada kedudukan kesembilan.
“Bukanlah keputusan yang saya mahukan untuk penampilan terakhir di sini, namun saya harus menerima dengan hati terbuka.
“Kita merancang, Allah merancang dan Allah adalah sebaik-sebaik perancang. Terima kasih atas sokongan dan doa daripada anda semua serta ribuan maaf atas prestasi di sini,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
View this post on Instagram
A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Azizulhasni Awang
#Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023
#keirin elit lelaki
#pelumba basikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan