MALAYSIA hanya akan diwakili dua pelumba yang diketuai Azizulhasni Awang dalam Kejohanan Basikal Trek Dunia di Hong Kong, April depan, ketika tiada peserta wanita negara yang layak.
Pelumba yang terkenal dengan gelaran 'The Pocket Rocketman', Azizulhasni, dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom, sahaja yang layak beraksi dalam kejohanan itu.
Pelumba muda atau ratu trek negara, Fatehah Mustapa, gagal melepasi had kelayakan berdasarkan ranking dunia.
"Saya hanya perlu fokus kepada persiapan, termasuk mempelajari melalui video untuk melihat taktik perlumbaan," kata Azizulhasni. "Tetapi menyaksikannya melalui video memang berbeza dengan situasi sebenar."
Selepas meraih pingat gangsa acara keirin Sukan Olimpik Rio 2016, Azizulhasni meneruskan momentum kemenangan dalam Kejohanan Basikal Trek Asia (ACC) dengan menggondol emas acara pecut, Ahad lalu.
Dalam pada itu, Fatehah -- yang menghuni ranking ke-41 dunia acara keirin dan 68 untuk pecut -- melahirkan kekecewaan sambil mengakui usahanya belum mencukupi untuk melayakkan diri ke kejohanan utama itu.
"Saya rasa kecewa kerana tidak dapat menyertai pasukan untuk ke Kejohanan Dunia tahun ini tetapi saya terpaksa berserah kerana saya sendiri yang tidak layak.
"Saya akan bekerja lebih kuat bagi melayakkan diri untuk musim akan datang," katanya.
Azizulhasni dan Fatehah ditemui dalam majlis pengumuman tajaan daripada Yayasan CIMB di Menara CIMB, ibu negara, hari ini.
Selain dua pelumba itu, Siti Nur Alia Mansor dan Muhammad Khalid Nasiruddin turut menerima tajaan bagi membantu kontinjen negara memburu pingat emas dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Azizulhasni berada di ranking pertama dunia dalam keirin ketika dia gagal memenangi acara itu dalam Kejohanan ACC di India, sebaliknya memperoleh emas dalam acara bukan kegemarannya, pecut.
Astro Arena
Thu Feb 16 2017
Pelumba yang terkenal dengan gelaran 'The Pocket Rocketman', Azizulhasni (gambar) dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom, sahaja yang layak beraksi dalam kejohanan itu. - Foto BERNAMA
Pasaran getah ditutup bercampur-campur, jejaki pasaran serantau
Pada 5 petang, harga penutup LGM bagi GMM 20 berada pada 755.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 716 sen sekilogram.
Perkhidmatan jet di Subang mula beroperasi pada suku ketiga 2024 - Menteri Pengangkutan
Perkhidmatan jet di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
MOSTI akan pastikan peralatan, kelengkapan hadapi bencana kimia mencukupi - Chang
MOSTI akan memastikan peralatan dan kelengkapan agensi dan jabatan berkaitan kimia di bawah kementerian itu mencukupi dalam menghadapi sebarang bencana melibatkan bahan kimia.
Trafik udara berkembang 16.1 peratus pada suku pertama tahun ini
Trafik penumpang udara berkembang 16.1 peratus kepada 22.6 juta penumpang pada suku pertama tahun ini selepas dipacu oleh trafik udara antarabangsa.
Panasonic Beauty: Perkenal pengering rambut nanocare, eh-NA0J
Panasonic Beauty: Perkenal pengering rambut nanocare, eh-NA0J
Lima dimasukkan ke hospital di Terengganu kerana cuaca panas
Anggota tentera antara lima individu yang dimasukkan ke hospital susulan cuaca panas yang melanda Terengganu sepanjang April lalu.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft untuk Malaysia
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bersua muka dengan Ketua Eksekutif Microsoft, Satya Nadella, di ibu negara, bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI Microsoft, serta peluang yang terbuka demi kemakmuran ekonomi negara ini.
AWANI Ringkas: JAKIM buka talian khas terima aduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada semakan selepas 13 tahun: Kenaikan gaji penjawat awam wajar, munasabah dan adil - Sim
Semakan gaji penjawat awam yang diumumkan Anwar bersempena dengan Hari Pekerja semalam adalah wajar dan munasabah, mengambil kira peningkatan kecekapan perkhidmatan kerajaan.
Menangis di depan Kaabah walaupun hakikatnya kami buta - OKU penglihatan
"Walaupun kami tak nampak, apabila berada di depan pintu Kaabah, kami berasa hiba dan terus menangis sebab dapat merasakan kelainan dengan keadaan nyaman dan sejuk yang tidak sama dengan tempat lain."
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Azizul, Shah Firdaus, Nurul Izzah secara rasmi layak ke Olimpik Paris - Amarjit
Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah dan Nurul Izzah Izzati secara rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 11 Ogos ini.
Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024
Kontinjen negara secara tidak rasmi kini telah memiliki 17 atlet yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.
Tiga atlet berbasikal trek negara secara tidak rasmi layak ke Olimpik - Amarjit
Tiga atlet berbasikal trek negara diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara tidak rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris.
The Pocket Rocketman nyatakan hasrat mahu velodrom asas di seluruh Malaysia
Seperti Velodrom Brunswick di Australia, velodrom asas seperti itu juga harus ada di seluruh Malaysia, kata Azizulhasni.
Cuma jalani latihan ringan sebelum ke Brisbane - Azizulhasni
Beliau tekad menyertai kejohanan tersebut memikirkan Sukan Olimpik Paris 2024 yang berbaki 144 hari biarpun doktor nasihatkan untuk berehat.
RTG: Situasi Azizulhasni Awang terima kepercayaan penuh atas saranan pasukan perubatan
Stuart percaya semua pihak yang terlibat dalam pasukan kebangsaan akan meletakkan kondisi kesihatan Azizulhasni sebagai keutamaan.
'Saya buat kerja gila' - Azizulhasni
Azizulhasni menyifatkan kejayaan meraih emas pada Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara UCI sebagai sesuatu yang tidak pernah terbayang di benak fikirannya.