KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.
Pada hari terakhir saingan Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II 2023 yang berlangsung di Velodrom Hong Kong, Mohd Azizulhasni menyambar emas acara pecut lelaki menewaskan pelumba Korea Selatan Kang Seojun yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, menurut www.uci.org.
Mengiringi kejayaan Mohd Azizulhasni di podium adalah seorang lagi pelumba elit negara Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga untuk membawa pulang gangsa.
Kejayaan dicipta The Pocket Rocketman itu merupakan emas keduanya di kejohanan itu selepas turut mengungguli acara keirin semalam.
Sebelum itu, juara dunia keirin 2017 dan pemenang pingat perak keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menyambar dua emas masing-masing dalam acara pecut serta keirin pada Piala Trek Antarabangsa Hong Kong I yang hanya berlangsung sehari pada Jumaat lepas.
Sementara itu, saingan hari ini menyaksikan pelumba wanita negara Anis Amira Rosdi kempunan menaiki podium selepas menamatkan saingan final keirin di kedudukan keempat di belakang tiga pelumba Korea Selatan iaitu Lee Hye-jin (emas) diikuti Kim Ha-eun (perak) dan Cho Sun-young (gangsa).
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini. - Foto Facebook Azizulhasni Awang
AWANI Ringkas: Dijangka diniagakan sekitar RM4.77 berbanding dolar AS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Azizul, Shah Firdaus, Nurul Izzah secara rasmi layak ke Olimpik Paris - Amarjit
Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah dan Nurul Izzah Izzati secara rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 11 Ogos ini.
Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024
Kontinjen negara secara tidak rasmi kini telah memiliki 17 atlet yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.
Tiga atlet berbasikal trek negara secara tidak rasmi layak ke Olimpik - Amarjit
Tiga atlet berbasikal trek negara diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara tidak rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris.
The Pocket Rocketman nyatakan hasrat mahu velodrom asas di seluruh Malaysia
Seperti Velodrom Brunswick di Australia, velodrom asas seperti itu juga harus ada di seluruh Malaysia, kata Azizulhasni.
Cuma jalani latihan ringan sebelum ke Brisbane - Azizulhasni
Beliau tekad menyertai kejohanan tersebut memikirkan Sukan Olimpik Paris 2024 yang berbaki 144 hari biarpun doktor nasihatkan untuk berehat.
RTG: Situasi Azizulhasni Awang terima kepercayaan penuh atas saranan pasukan perubatan
Stuart percaya semua pihak yang terlibat dalam pasukan kebangsaan akan meletakkan kondisi kesihatan Azizulhasni sebagai keutamaan.
'Saya buat kerja gila' - Azizulhasni
Azizulhasni menyifatkan kejayaan meraih emas pada Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara UCI sebagai sesuatu yang tidak pernah terbayang di benak fikirannya.
Simptom perikarditis paksa Azizulhasni tarik diri acara pecut
Azizulhasni terpaksa meninggalkan saingan penentuan pingat gangsa berdepan pelumba tuan rumah yang juga juara dunia 2018 Matthew Glaetzer, selepas mengalami simptom itu.