Ketua jurulatih Johor, Azmi Mohamad mahu melihat lebih banyak peningkatan oleh anak-anak buahnya biarpun mencatat kemenangan 2-0 ke atas UiTM FC pada Isnin.
Jelasnya faktor keletihan pemain merupakan aspek utama yang akan diatasi sebaik mungkin.
“Kita kurang berfungsi terutama di bahagian pertahanan dan tengah dan penyerang kita banyak mesia-siakan peluang. Mungkin situasi yang saya nampak di sini ialah faktor keletihan,” kata Azmi.
“Tetapi pemain sepatutnya perlu bersedia menghadapi jadual yang padat macam ni dan mereka sepatutnya tahu bagaimana untuk menjaga diri mereka. Apa pun kita bersyukur sebab kita mendapat tiga mata sebab mata tu adalah penting terutama di laman sendiri.”
Azmi bagaimanapun tetap bersyukur skuad kendaliannya dapat meraih mata penuh dalam pertemuan itu.
Kemenangan tersebut meletakkan skuad Jengking di tangga kelima selepas mengumpul 10 mata daripada lima perlawanan.
Sementara itu, jurulatih UiTM, Azman Eusoff akur masih jauh ranjau yang perlu dilalui pasukannya.
Kekalahan ini adalah yang kelima buat UiTM dalam penampilan sulung mereka di pentas Liga Perdana.
Malah mereka menjadi pasukan tunggal yang masih belum mengutip sebarang mata selepas lima perlawanan.