awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan kargo udara Asia Pasifik naik 8.4 peratus pada 2025, teraju prestasi global - IATA
Permintaan penumpang kukuh pada 2025 - IATA
Planet baharu saiz Bumi dikesan berhampiran zon boleh dihuni
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badang negara mahu tamat 'badi' pingat

Bernama
Bernama
29/11/2019
15:10 MYT
Badang negara mahu tamat 'badi' pingat
Atlet angkat berat negara Muhamad Aznil Bidin mahu menamatkan 'badi' tanpa pingat, dalam penyertaannya di temasya Sukan SEA ke-30 kali ini.
Atlet angkat berat negara Muhamad Aznil Bidin mahu menamatkan 'badi' tanpa pingat, dalam penyertaannya di temasya Sukan SEA ke-30 kali ini.
Pada penyertaan sebelum ini, atlet berusia 25 tahun itu terpaksa berpuas hati, apabila menamatkan saingan di kedudukan keempat pada edisi 2013 di Nay Pyi Taw dan 2017 di Kuala Lumpur, yang nyata amat perit untuk dihadapi.
Katanya, pada penampilan kali ini di Filipina, beliau telah melakukan persiapan lebih rapi untuk memberi cabaran dan sekurang-kurangnya membawa pulang pingat gangsa, acara angkat berat.
"Saya sasarkan untuk dapatkan gangsa di Sukan SEA. Dua kali saya dapat nombor empat. Sebelum ini saya kategori lain, 56 kilogram (kg), 62kg dan sekarang 61kg jadi saya akan cuba buat yang terbaiklah," katanya ketika ditemui Bernama.
Atlet berasal dari Kedah itu berkata sasaran untuk meraih gangsa dilihat realistik, memandangkan saingan yang bakal dihadapinya pernah bersaing di pentas yang lebih tinggi.
Dalam kategori 61kg, Muhamad Aznil bakal berhadapan saingan atlet Indonesia Eko Yuli Irawan, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil dan pemenang pingat emas Kejohanan Dunia Angkat Berat di Anaheim, Amerika Syarikat Thach Kim Tuan, dari Vietnam.
Acara angkat berat Sukan SEA ke-30 dijadual bermula pada 1 hingga 4 Dis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angkat berat
#atlet
#Muhamad Aznil Bidin
#pingat
#Sukan SEA Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan