awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton: Chan-Goh raih gelaran kedua selepas juarai Terbuka Rusia

Bernama
Bernama
26/07/2015
10:21 MYT
Badminton: Chan-Goh raih gelaran kedua selepas juarai Terbuka Rusia
Bergu campuran negara diberi tentangan sengit daripada gandingan Jepun, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino sebelum mencatat kemenangan 21-13, 23-21 pada perlawanan akhir. - Gambar fail
Beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying merangkul gelaran kedua musim ini selepas menjuarai Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Rusia 2015 pada Ahad.
Pasangan bukan pilihan yang menjuarai Terbuka Poland pada Mac lepas itu, diberi tentangan sengit daripada gandingan Jepun, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino sebelum mencatat kemenangan 21-13, 23-21 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Sport Hall Olympic di Vladivostok, Rusia, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.
Namun, nasib berbeza menimpa beregu lelaki utama negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong walaupun menampilkan aksi terbaik apabila tumpas 20-22 dan 19-21 kepada pasangan tuan rumah yang juga pilihan pertama kejohanan, Vladimir Ivanov dan Ivan Sozonov.
Pemain pilihan keempat, Zulfadli Zulkiffli muncul pemain terbaik negara dalam acara perseorangan lelaki, apabila tewas mengejut 12-21 dan 20-22 kepada pemain Estonia, Raul Must di separuh akhir pada Sabtu.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan dan beregu wanita pada kejohanan bertaraf GP Emas itu, yang menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah AS$50,000 (RM191,164).
Topic Berkaitan
#badminton
#Chan Peng Soon
#Goh Liu Ying
#Terbuka Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan