KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan bahawa tempoh kelayakan ke Olimpik 2024, dikenali sebagai "Race to Paris" ditetapkan bermula dari 1 Mei 2023.
Menurut BWF tempoh kelayakan itu akan berlangsung hingga 28 April 2024 dengan senarai awal kelayakan akan disahkan berdasarkan kepada mata ranking "Race to Paris" pada 30 April 2024, yang diluluskan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Badan induk badminton dunia itu juga mengesahkan bahawa jumlah kuota badminton kekal 172 tempat (86 lelaki dan 86 wanita), termasuk dua tempat negara tuan rumah dan empat tempat kesejagatan selain kuota biasa 166 tempat.
Setiap negara mempunyai kuota maksimum lapan tempat masing-masing bagi lelaki dan wanita.
BWF memaklumkan bagi acara perseorangan lelaki dan wanita, setiap negara boleh mempunyai kuota maksimum dua tempat jika pemain tersebut berada pada kedudukan 16 terbaik dalam ranking "Race to Paris".
"Keseluruhan terdapat 35 tempat, satu tempat bagi negara tuan rumah dan dua tempat kesejagatan yang akan disahkan oleh Suruhanjaya Tiga Pihak selepas tamat tempoh kelayakan.
"Setiap acara perseorangan juga mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua atlet daripada setiap lima konfederasi benua, dengan syarat pemain itu berada dalam kedudukan 250 teratas," kata BWF dalam satu kenyataan pada Ahad.
Bagi beregu, setiap negara mempunyai kuota maksimum dua tempat jika kedua-dua pasangan berada pada kedudukan lapan terbaik pada tarikh kelayakan dan harus ada sekurang-kurangnya satu pasangan daripada setiap lima konfederasi benua, dengan syarat mereka berada dalam ranking 50 terbaik pada tarikh kelayakan.
"Memandangkan kelayakan dalam semua acara, tiada Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) boleh melayakkan atlet/pasangan dalam lebih daripada dua acara menerusi sistem tempat perwakilan benua ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 01 2022
BWF mengumumkan bahawa tempoh kelayakan ke Olimpik 2024, dikenali sebagai "Race to Paris" ditetapkan bermula dari 1 Mei 2023.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perjuangan PBB banyak disekat oleh AS dan EU
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli berkata tidak wajar menyalahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah konsisten mengutuk tindakan israel dan berusaha gigih dalam membawa penyelesaian damai dalam isu ini.
Tindakan Israel mencetuskan ketegangan lebih buruk di Asia Barat
Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kesediaan Iran untuk bertindak balas dengan segera dan tegas menunjukkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dalam menghadapi sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara mereka.
Perang Iran-Israel: Kerajaan mesyuarat petang ini, termasuk bawa pulang rakyat Malaysia
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
PM bincang dengan Kementerian Luar perkembangan semasa di Iran petang ini
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Pemain Malaysia berdepan laluan sukar pada Jelajah Dunia Akhir BWF
Proses undian berlangsung hari ini dan disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube BWF.
COVID-19: BWF ubah suai kalendar Kejohanan Jelajah Dunia
Pusingan akhir Piala Thomas dan Uber 2020 akan diteruskan seperti dijadual di Aarhus, Denmark dari 3 hingga 11 Okt ini.
COVID-19: Kejohanan Badminton Para Sepanyol 2020 dibatalkan
SBF membuat keputusan itu pada Jumaat selepas menerima nasihat pihak berkuasa kesihatan Majlis Perbandaran Murcia.