awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton Masters Malaysia 2024: Sorakan penyokong bakar semangat Tang Jie-Ee Wei

Bernama
Bernama
22/05/2024
07:45 MYT
Badminton Masters Malaysia 2024: Sorakan penyokong bakar semangat Tang Jie-Ee Wei
Aksi beregu campuran Toh Ee Wei (kiri) dan Chen Tang Jie menentang pemain Thailand Pakkapon Teeraratsakul dan Phataimas Muenwong pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Malaysia Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sorakan penyokong yang membanjiri Axiata Arena seawal 10 pagi ini, menyemarakkan semangat beregu campuran negara Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei yang turun dalam aksi pusingan pertama kejohanan badminton Masters Malaysia 2024 hari ini.
Gandingan yang menduduki ranking kesembilan dunia itu menang mudah, mengatasi pasangan Thailand Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong 21-12, 21-14, sekali gus menebus kekecewaan edisi lepas, apabila mereka tersingkir seawal pusingan pertama.
Menurut Ee Wei, beliau terharu apabila melihat kehadiran penyokong walaupun hari ini merupakan cuti umum sempena Hari Wesak serta cuaca hujan yang kebiasaannya digunakan oleh orang ramai untuk menghabiskan masa bersama keluarga di rumah.
"Walaupun hujan dan cuti umum (sempena Hari Wesak), ramai yang hadir pagi-pagi untuk memberikan sokongan kepada kami, buat kami lebih bermotivasi. Oleh kerana perlawanan pertama, kami tak fikir banyak, namun gembira kami dapat meloloskan diri kali ini.
"Ini kali pertama kami layak ke Olimpik. Jadi kena hadapi setiap kejohanan dengan serius... mahu menang sebanyak yang boleh," kata Ee Wei.
Menanti pasangan negara di pusingan kedua ialah wakil India, Sumeeth Reddy-Sikki Reddy yang mengetepikan lawan mereka dari Hong Kong Lui Chun Wai-Fu Chi Yan 21-15, 12-21, 21-17.
Mengenai perlawanan esok, Tang Jie berkata mereka akan membuat perancangan strategi terbaik selepas menganalisis permainan beregu di ranking ke-53 itu.
Pasangan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing merupakan wakil terakhir Malaysia muncul juara kejohanan Masters Malaysia pada 2017.
Sementara itu, perseorangan wanita negara K. Letshana tewas kepada pilihan utama kejohanan Han Yue dari China 14-21, 9-21. Wakil China itu akan berdepan Hung Yi Ting dari Taiwan yang terdahulu menyingkirkan wakil Belgium, Lianne Tan 21-11, 21-13.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton Masters Malaysia 2024
#beregu campuran negara
#Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei
#sorakan penyokong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan