awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton Seluruh England: Pasukan Indonesia terpaksa tarik diri kerana protokol COVID-19

Astro Arena
Astro Arena
18/03/2021
04:04 MYT
Badminton Seluruh England: Pasukan Indonesia terpaksa tarik diri kerana protokol COVID-19
Berdasarkan ketetapan Kerajaan UK, seluruh pasukan itu perlu menjalani pengasingan kendiri selama 10 hari dari tarikh mereka berada dalam pesawat bersama seorang penumpang yang disahkan positif COVID-19. - Gambar hiasan
PERSEKUTUAN BADMINTON DUNIA (BWF) mengesahkan bahawa kesemua pemain Indonesia terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Badminton Seluruh England berikutan protokol COVID-19.
Sebilangan pemain dan pegawai pasukan itu telah dihubungi oleh Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Ujian dan Jejak milik Kerajaan United Kingdom (UK) dan perlu menjalani pengasingan kendiri serta-merta.
Berdasarkan ketetapan Kerajaan UK, seluruh pasukan itu perlu menjalani pengasingan kendiri selama 10 hari dari tarikh mereka berada dalam pesawat bersama seorang penumpang yang disahkan positif COVID-19.
"Ketika kami sesali akibat daripada perkara yang tidak diingini ini, BWF dan Badminton England akan terus mematuhi kesemua protokol yang diperlukan oleh Kerajaan UK dan pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk memastikan keselamatan semua peserta.
"Semua keputusan setakat ini akan dikekalkan dan jadual perlawanan juga tidak akan diubah. Kesemua lawan mereka dalam pusingan berikutnya akan diberikan laluan percuma," kata BWF dalam satu kenyataan rasmi.
Menjelang pengumuman itu, dua beregu lelaki Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, sudahpun mengambil bahagian dalam pusingan pertama, di mana masing-masing menewaskan Matthew Clare-Ethan Van Leeuwen and Ben Lane-Sean Vendy.
Seluruh England | Seluruh England ditangguh kerana kes COVID-19
Topic Berkaitan
#BWF
#badminton
#Indonesia
#England
#United Kingdom
#pesawat
#COVID-19
#kuarantin
#all england
#Badminton all england
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan