awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton: Tat Meng jurulatih baharu Zii Jia

Sinar Harian
Sinar Harian
23/05/2023
11:46 MYT
Badminton: Tat Meng jurulatih baharu Zii Jia
Tat Meng akan memulakan tugasnya bersama Zii Jia sebaik proses perpindahannya dari Hong Kong ke Malaysia diselesaikan. - Sinar Harian
JAGUH perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menjawab teka-teki mengenai jurulatih baharunya apabila memilih Wong Tat Meng yang turut bertindak selaku Pengarah Kejurulatihan Pasukan LZJ (Team LZJ).
Dalam satu kenyataan pada Selasa, kakak Zii Jia memaklumkan, Tat Meng dipilih berdasarkan pengalaman luas dimilikinya yang pernah membimbing pasukan Malaysia, Indonesia, Scotland, Korea Selatan dan kini, Hong Kong.
“Tat Meng akan memulakan tugasnya bersama Zii Jia sebaik proses perpindahannya dari Hong Kong ke Malaysia diselesaikan.
“Tugas terdekat buat Tat Meng adalah merangka program bagi membantu Zii Jia mencapai prestasi konsisten, melonjakkan kedudukan ranking dunia pemain berkenaan dan layak ke Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya.
Zii Jia yang kini menghuni ranking nombor lapan dunia bergerak solo tanpa sentuhan jurulatih selepas dia berpisah dengan Indra Wijaya pada November tahun lalu.
Sejak Februari lalu, Zii Jia lebih banyak dibantu pemain perseorangan lelaki negara, Liew Daren dalam beberapa kejohanan termasuk Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China minggu lalu. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#badminton
#jurulatih
#Wong Tat Meng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan