awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bale sanjung keupayaan Modric selepas muncul Pemain Terbaik FIFA

Astro Arena
Astro Arena
25/09/2018
02:52 MYT
Bale sanjung keupayaan Modric selepas muncul Pemain Terbaik FIFA
Luka Modric (kiri) dan Gareth Bale. Astro ARENA
GARETH Bale memuji rakan sepasukannya di Real Madrid, Luka Modric, sebagai "pemain yang sukar dipercayai kemampuannya" selepas pemain tengah itu memenangi Anugerah Pemain Terbaik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), awal pagi tadi.
Modric mengetepikan Mohamed Salah dan bekas rakan sepasukan di Madrid, Ronaldo, yang memenanginya pada 2017 - untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik di Royal Festival Hall, London, setelah menikmati musim cemerlang 2018 yang menyaksikannya memenangi Liga Juara-Juara (UCL) dan muncul finalis Piala Dunia.
Bale, yang melancarkan tendangan gunting memukau dalam kemenangan Madrid ke atas Liverpool dalam aksi final UCL, terlepas Anugerah Puskas kepada jaringan Salah ke atas Everton, namun menghamburkan pujian terhadap Modric dalam media sosial.
"Tahniah sahabat! Pemain yang sukar dipercayai dalam musim yang hebat," kata pemain Wales itu.
BACA: Luka Modric muncul Pemain Terbaik FIFA 2018
Anugerah buat tonggak Croatia itu menyempurnakan malam hebat buat Madrid apabila menguasai Kesebelasan Dunia FIFPro yang menyaksikan Sergio Ramos, Marcelo dan Raphael Varane menyertai Modric.
Sementara itu, Thibaut Courtois meraih Anugerah Penjaga Gol Terbaik.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Croatia
#FIFA
#Gareth Bale
#Luka Modric
#pemain
#Pemain Terbaik FIFA
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan