PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal melangkah ke dimensi baharu menerusi pemisahan badan induk itu dengan Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata langkah itu akan mula dilaksanakan dalam tempoh antara dua hingga tiga bulan akan datang.
Katanya BAM akan menumpukan pada tugas-tugas sebagai badan induk badminton negara manakala ABM akan bertindak sebagai pusat berprestasi tinggi badminton negara.
"Masa sudah berubah dan menuntut perubahan daripada kita iaitu dari segi prestasi jurulatih, pengarah kejurulatihan dan juga barisan pemain harus dinilai secara objektif oleh (golongan) profesional," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis BAM dan mesyuarat agung tahunan badan induk itu di sini, hari ini.
Mohamad Norza turut menyamakan langkah itu seperti pemisahan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Katanya menerusi pemisahan itu, segala pendapatan daripada pihak penaja akan terus disalurkan kepada ABM, selain barisan pemegang taruh dan penaja juga akan menjadi sebahagian daripada ahli lembaga atau Jawatankuasa Pemandu yang akan ditubuhkan.
"Kami akan mengadakah perbincangan lanjut bersama Petronas kerana ia adalah akademi Petronas, kami akan cuba memanfaatkan pengalaman Petronas, contohnya dalam Formula Satu (F1), bagi memastikan persekitaran (akademi) adalah berdasarkan prestasi, petunjuk prestasi utama (KPI) dan teknologi, peralatan serta kelengkapan sukan terkini," katanya.
Mengulas lanjut, Mohamad Norza berkata BAM akan kekal dengan tanggungjawabnya iaitu memperkasa pembangunan badminton di setiap negeri dalam usaha memastikan negara tidak ketandusan bakat dalam sukan itu.
Malah, katanya BAM akan memberi peruntukan tambahan kepada setiap negeri supaya mereka dapat menumpukan usaha melahirkan ramai pemain berbakat untuk diserap ke ABM.
"Kita juga akan mengaktifkan semula perancangan mewujudkan ABM mengikut zon, supaya apa yang dihasilkan di ABM (sedia ada) akan dapat dihasilkan juga di bahagian lain di Malaysia," katanya.
Tambahnya kertas cadangan mengenai pemisahan itu akan dibawa ke Mesyuarat Khas Majlis BAM untuk disahkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (dua, kanan) pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bil 1/2022 dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-77 di Kelab Golf Tropicana hari ini. - Foto BERNAMA

Penemuan empat anak Harimau Malaya beri harapan baharu
Menerusi imej dikongsikan World Wildlife Fund (WWF), tiga ekor anak harimau itu dilihat berjalan di hadapan bersama ibunya manakala seekor lagi berada di bahagian sebelah kanan.

COVID-19: Hong Kong pertimbang pendekkan kuarantin kepada pengembara
Butiran dan kaedah kemasukan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan.

Banjir Baling: Jasad 3 sekeluarga serta janin selamat dikebumikan
Jenazah selamat dikebumikan kira-kira jam 5.30 pagi pada Rabu.

Banjir Baling: Dua LRA dihenti tugas akibat air keruh
Ia melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi Tech dan Loji Rawatan Air (LRA) Pinang Tunggal.

Polis terima laporan video 'prank' tarik tudung dua wanita
Lelaki tersebut menjelaskan video dimuat naik itu adalah eksperimen sosial dilakukannya untuk melihat sejauh mana reaksi netizen.

Sekurang-kurangnya enam terkorban dalam banjir di Pakistan
Hujan lebat yang bermula sejak Isnin itu turut menjejaskan sejumlah rumah penduduk lain di kawasan terpencil itu.

'Sedar-sedar mak dah tiada'
Mangsa maut dipercayai dijerut dengan kabel pengecas telefon dalam kejadian samun di Felda Mengkuang.

Banjir Baling: KDN gerakkan agensi bagi koordinasi bantuan
Seramai 46 anggota RELA juga dikerahkan untuk membantu mangsa banjir di kawasan yang terlibat dan ditugaskan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Lihat anak jiran berlumuran darah
Suspek yang kelihatan diam telah ditangkap oleh empat penduduk kampung dan diserahkan kepada polis.

Banjir Baling: Lebih 1,400 mangsa ditempatkan di PPS
Seramai 1,424 mangsa banjir daripada 93 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi sekitar Kupang.

BAM terus kerja keras lahirkan jaguh perseorangan lelaki
Barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sentiasa bekerja keras untuk melahirkan jaguh perseorangan lelaki negara seterusnya, yang mampu memberi cabaran di peringkat antarabangsa.

Zii Jia ulangi tidak akan sertai Sukan Komanwel
Keputusan Zii Jia untuk menarik diri daripada Sukan Komanwel telahpun mendapat komen positif dan negatif beberapa pihak.

Goh Jin Wei enggan tunduk tekanan Sukan Komanwel
Pemain perseorangan profesional Goh Jin Wei enggan tunduk kepada tekanan meskipun diletakkan selaku sandaran utama kem badminton wanita negara ke Sukan Komanwel.

Sukan Komanwel: BAM perinci sasaran baharu kem badminton
Susulan tindakan penarikan diri jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

Sukan Komanwel: Zii Jia tarik diri, peluang untuk Tze Yong menyinar
BAM tiada pilihan selain menurunkan pemain ranking ke-48 dunia itu untuk menggalas cabaran dalam acara perseorangan lelaki .

BAM kenal pasti calon jurulatih baharu - Rexy
Calon jurulatih baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan jurulatih beregu lelaki Flandy Limpele dan jurulatih beregu campuran Paulus Firman, telah dikenal pasti.

Tidak mahu bergantung pada Zii Jia, BAM komited lahir jaguh perseorangan lelaki
Tidak mahu bergantung kepada Lee Zii Jia sahaja, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) komited untuk melahirkan lebih ramai perseorangan lelaki yang mampu menyerlah di peringkat antarabangsa.

Rombakan barisan kejurulatihan perlu dalam BAM - Ewe Hock
Ong Ewe Hock secara terbuka telah memberikan pandangan beliau mengenai apa yang perlu dilakukan bagi menyelamatkan prestasi pemain perseorangan negara.

Sukan Komanwel: India terus jadi halangan besar Malaysia - Rexy
Rexy berkata, BAM merancang untuk menghantar skuad terbaik pada Sukan Komanwel di Birmingham.

Badminton Terbuka Malaysia terima sambutan, tiket hampir habis dijual
Tiket kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung dari 28 Jun hingga 3 Julai ini hampir habis dijual.