awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran kecam EU label IRGC sebagai 'organisasi pengganas'
SpaceX pertimbang bergabung dengan Tesla - Laporan
Petronas mahu kekalkan pengeluaran domestik dua juta tong minyak sehari dalam tiga tahun akan datang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM sasar empat pingat emas pada Sukan SEA 2025

Bernama
Bernama
04/12/2025
11:00 MYT
BAM sasar empat pingat emas pada Sukan SEA 2025
Presiden BAM Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata mereka turut menyasarkan keseluruhan tujuh pingat pada temasya dwitahunan itu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menetapkan sasaran empat pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand, yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Dis ini.
Presiden BAM Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata mereka turut menyasarkan keseluruhan tujuh pingat pada temasya dwitahunan itu.
Beliau berkata sasaran itu berdasarkan prestasi dan ranking dunia semasa, dengan prospek utama Malaysia dalam acara beregu campuran, beregu lelaki, beregu wanita serta acara berpasukan lelaki, berdasarkan pencapaian mereka sebelum ini.
"Saya juga telah berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh) dan pihak pengurusan bahawa ini adalah keputusan, keputusan bersama, saya fikir para jurulatih juga bersetuju.
"Jadi kami harus memberikan yang terbaik untuk negara dan perlu diingat bahawa Malaysia bukan satu-satunya negara yang menurunkan barisan terbaik. Jika anda melihat negara lain, mereka juga telah memutuskan untuk menurunkan barisan terbaik," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan bendera kepada pemain badminton Malaysia di sini hari ini.
Pada Oktober lepas, BAM mengumumkan barisan terkuat mereka untuk edisi ke-33 temasya itu, antaranya dua juara dunia iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran).
Selain menamakan Aaron-Wooi Yik dan Tang Jie-Ee Wei, BAM turut meletakkan kepercayaan kepada naib juara Kejohanan Dunia 2025 Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita), Leong Jun Hao dan Justin Hoh (perseorangan lelaki) serta K. Letshanaa dan Wong Ling Ching (perseorangan wanita).
Turut disenaraikan ialah Man Wei Chong-Tee Kai Wun (beregu lelaki), Go Pei Kee-Teoh Mei Xing (beregu wanita) serta Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin (beregu campuran).
Kesemua yang disenaraikan itu juga akan beraksi dalam acara berpasukan masing-masing.
Mereka akan dibantu oleh Eogene Ewe dan Aidil Sholeh Ali Sadikin dalam acara berpasukan lelaki serta oleh Siti Zulaikha Muhammad Azmi dan Eng Ler Qi dalam acara berpasukan wanita.
Sukan SEA 2025 akan dianjurkan di dua wilayah, iaitu Bangkok dan Chonburi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Badminton Malaysia BAM
#Zafrul Abdul Aziz
#pingat emas
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan