awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM tubuh jawatankuasa khas kejurulatihan

Bernama
Bernama
28/11/2012
07:33 MYT
BAM tubuh jawatankuasa khas kejurulatihan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengendali proses pengambilan Pengarah Kejurulatihan Prestasi Tinggi bagi skuad badminton negara.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berkata jawatankuasa itu juga akan membuat saringan dan menyenarai pendek calon yang bakal dipilih bagi mengisi jawatan berkenaan.
"Peluang itu bukan hanya terbuka kepada jurulatih asing, malah kita ada bakat tempatan yang dilihat berpotensi dan menyerlah untuk mengendali dan melatih pemain kita.
"Mungkin (sebilangan jurulatih) dia pandai dari segi teknikal, tapi dari segi pengurusan dia tak boleh. Saya rasa ramai antara jurulatih dalam negeri boleh melatih pemain menjadi pemain di peringkat dunia," katanya malam tadi.
Mohd Nadzmi berkata yang penting, jurulatih berkenaan bukan setakat pandai melatih tetapi juga mengurus pemain.
Ketua jurulatih Jepun, Park Joo-bong sebelum ini menolak untuk memikul tugas pengarah kejurulatihan tersebut.
Topic Berkaitan
#badminton
#BAM
#kejurulatihan
#Nadzmi
#Prestasi Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan