SPORTS
Bamford samai rekod Cantona selepas jaring hatrik ke atas Villa

Bamford (kanan) membuka jaringan pada minit ke-55 apabila memanfaatkan bola muntah susulan Emiliano Martinez menyelamatkan percubaan Rodrigo Moreno. (Foto AP)
PATRICK Bamford menyamai rekod Eric Cantona ketika dia menjaringkan hatrik yang memberikan Leeds United kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park awal pagi tadi.
Penyerang Leeds itu membuka jaringan pada minit ke-55 apabila memanfaatkan bola muntah susulan Emiliano Martinez menyelamatkan percubaan Rodrigo Moreno.
Pemain berusia 27 tahun itu kemudian melakukan rembatan gemilang dari jarak 20 ela yang tepat menuju penjuru kiri atas gawang lawan untuk menggandakan pendahuluan sebelum mengekalkan ketenangannya di dalam kawasan penalti bagi melengkapkan hatrik dalam tempoh 19 minit.
Bamford kini telah mengumpulkan enam gol sepanjang musim ini dan hanya Cantona merupakan pemain Leeds lain yang pernah melakukan perkara sama dalam enam perlawanan pertama satu kempen EPL dalam musim 1992-93.
Skuad kendalian Marcelo Bielsa itu memberikan Villa kekalahan pertama dalam EPL musim ini dan menamatkan rekod enam perlawanan tanpa kalah buat pasukan bimbingan Dean Smith itu sejak musim lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami