awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangkok dipilih tuan rumah Piala Thomas dan Uber 2018

Bernama
Bernama
18/03/2017
13:02 MYT
Bangkok dipilih tuan rumah Piala Thomas dan Uber 2018
Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Poul-Erik Hoyer Larsen turut mengumumkan bandar raya Basel di Switzerland akan menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia BWF pada tahun 2019. - Gambar fail
Bangkok mengalahkan New Delhi untuk menjadi tuan rumah kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber 2018.
Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Poul-Erik Hoyer Larsen turut mengumumkan bandar raya Basel di Switzerland akan menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia BWF pada tahun 2019, walaupun Tokyo turut mengemukakan pencalonan.
Sementara itu beliau berkata bandar raya Nanjing, China dipilih untuk menjadi hos Kejohanan Dunia BWF 2018 dan bandar raya Nanning juga di China dipilih menjadi hos kejohanan Piala Sudirman 2019 setelah hanya dua bandar raya itu yang mengemukakan pencalonan mereka bagi dua kejohanan tersebut.
Poul mengumumkan pemilihan tuan rumah di sini hari ini.
Naib Presiden Persatuan Badminton Thailand, Paisan Rangsikitpho berkata mereka sudah bersedia menjadi tuan rumah Piala Thomas dan Piala Uber.
"Kami sangat gembira dan terharu dipilih untuk menjadi tuan rumah Piala Thomas buat kali kedua selepas 1976 dan Piala Uber buat pertama kali.
"Kami telah memilih Arena Impact di Bangkok sebagai venue pertandingan bagi kedua-kedua kejohanan dan berharap pasukan kami akan melakukan yang terbaik di gelanggang sendiri," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#badminton
#Bangkok
#BWF
#Thomas
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan