awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Atlet MMA Agilan Thani mangsa banjir kilat di ibu negara

Bernama
Bernama
20/12/2021
20:20 MYT
Banjir: Atlet MMA Agilan Thani mangsa banjir kilat di ibu negara
Atlet seni bela diri campuran (MMA), yang dikenali sebagai 'The Alligator' itu tetap semangat. - Foto/Instagram @agilanthani
KUALA LUMPUR: Jaguh welterweight ONE Championship Malaysia Agilan Thani turut menjadi mangsa banjir kilat yang melanda ibu negara, Sabtu lepas.
Bagaimanapun, atlet seni bela diri campuran (MMA), yang dikenali sebagai 'The Alligator' itu tetap semangat.
Agilan, 26, berkata beliau terkejut namun tidak meratap apabila kediamannya di Jalan Ipoh terjejas.
"Jika ia berlaku, ia berlaku, tidak boleh dikawal. Rumah saya dua tingkat, jadi saya pergi ke tingkat atas (semasa banjir kilat melanda)," katanya yang dihubungi Bernama pada Isnin.
Menurut Agilan, beliau keluar membeli barangan keperluan pada hari itu dan apabila tiba di rumah, beliau menyedari paras air sudah mencecah buku lali.
"Jiran menghubungi saya dan menyuruh meletakkan kereta di atas jambatan berhampiran. Saya sudah memarkir kereta di kawasan tinggi namun banjir tetap mencecah ke sana," katanya.
Agilan berkata banjir mula surut pagi Ahad sebelum keadaan pulih sepenuhnya pada 7 malam namun beliau kini berdepan cabaran untuk membersihkan lumpur dan air daripada rumahnya.
Sementara itu, ditanya sama ada bencana itu menyebabkan beliau hilang fokus, Agilan berkata beliau akan kembali menjalani latihan seawal Rabu ini.
"Sudah tentu ia (banjir kilat) mengganggu saya, semua peralatan saya kotor namun, saya akan kembali berlatih pada Rabu, cuba membersihkan dan mengeringkannya. Kehidupan diteruskan.
"Saya harap saya dapat bertarung sekitar Mac atau April dalam MMA, ia bagus namun bergantung kepada apa yang mereka sediakan untuk saya, boleh jadi lebih awal. Buat masa ini, tiada berita tentang kejohanan tetapi saya pastikan ada sesuatu mengenainya dalam masa terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir ibu negara
#Banjir 2021
#atlet MMA
#Agilan Thani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan