awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barcelona mungkin anjur perlumbaan kemuncak MotoGP 2024 - Dorna Sports

Bernama
Bernama
03/11/2024
23:40 MYT
Barcelona mungkin anjur perlumbaan kemuncak MotoGP 2024 - Dorna Sports
Aksi para pelumba pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang semalam. --fotoBERNAMA
SEPANG: Perlumbaan terakhir MotoGP musim 2024 kemungkinan diadakan di Barcelona dalam masa terdekat, kata Ketua Pegawai Sukan Dorna Carlos Ezpeleta.
Beliau berkata mereka sedang berbincang dengan kerajaan Catalonia untuk mengadakan perlumbaan terakhir di lokasi berkenaan.
"Sepanjang 48 jam lepas kami melihat semua alternatif, dan pada pendapat kami Barcelona adalah tempat terbaik kerana jaraknya yang berdekatan dengan Valencia.
"Memandangkan ramai orang sudah mengembara ke Valencia melalui Barcelona, terutamanya untuk peminat, kami fikir ia adalah tempat terbaik," katanya dalam video yang dimuat naik di laman sesawang MotoGP semalam.
Ezpeleta berharap pengesahan dapat dilakukan dalam tempoh 48 jam.
Perlumbaan terakhir musim ini yang sepatutnya berlangsung di Valencia, Sepanyol pada 15 hingga 17 Nov telah dibatalkan susulan banjir besar yang melanda wilayah berkenaan.
Barcelona sebelum ini pernah menjadi tuan rumah Grand Prix (GP) Catalunya di Litar Catalunya.
Dorna Sports ialah pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#barcelona
#Dorna Sports
#MotoGP
#Carlos Ezpeleta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan