awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barcelona tandatangani Aguero secara perpindahan percuma

Astro Arena
Astro Arena
01/06/2021
01:49 MYT
Barcelona tandatangani Aguero secara perpindahan percuma
Manchester City berterima kasih kepada Sergio (gambar) atas sumbangan luar biasanya kepada kejayaan pasukan itu. - Gambar fail
BARCELONA melengkapkan perpindahan legenda Manchester City, Sergio Aguero, secara perpindahan percuma.
Penyerang berusia 32 tahun itu menjalani pemeriksaan kesihatan di Sepanyol semalam, hanya dua hari selepas perlawanan terakhirnya bersama City -- tewas 0-1 kepada Chelsea dalam final Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Pemain kebangsaan Argentina itu, yang akan bergandingan dengan rakan senegaranya, Lionel Messi, di Camp Nou, menandatangani kontrak dua tahun yang turut mengandungi klausa pembelian bernilai €100 juta (RM504.6 juta).
Dia akan menyertai pasukan itu selepas kontraknya bersama City tamat pada 1 Julai ini.
"Semua di Manchester City mahu mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Sergio atas sumbangan luar biasanya kepada kejayaan kami sepanjang sedekad ini dan mengharapkan yang terbaik buat kariernya," kata kelab Inggeris itu dalam satu kenyataan.
Sebagai rekod, Aguero menghabiskan lima tahun dalam LaLiga bersama Atletico Madrid sebelum berpindah ke City pada 2011.
Dia menjaringkan 260 gol daripada 389 penampilan dalam kesemua kejohanan sepanjang bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.
Topic Berkaitan
#Manchester City
#barcelona
#Sergio Aguero
#LaLiga
#bola sepak
#Atletico Madrid
#pemeriksaan kesihatan
#Liga Juara-Juara Eropah
#UCL
#kontrak
#pembelian
#perpindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan