Barcelona mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu selepas mengatasi Sevilla dua satu.

Melayan kunjungan Sevilla di Nou Camp, permainan kedua-dua pasukan berlangsung seimbang pada 30 minit pertama.

Namun Sevilla terlebih dahulu membuat kejutan dengan gol pembukaan pada minit ke-41.

Berpunca hantaran silang, Alberto Botia pantas menyambar dengan satu tandukan kemas.

Bersambung babak kedua, Barcelona mempertingkatkan tempo permainan memburu gol penyamaan.

Tidak menunggu lama, David Villa bertindak cemerlang menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-52.

Kian bersemangat, Barca terus melancarkan serangan ke atas kubu Sevilla.

Hasilnya, penyerang lincah Argentina, Lionel Messi mempamer sentuhan berbisa untuk meledak gol kemenangan pada minit ke-59.

Kemenangan itu meletakkan Barca kukuh di takhta liga dengan kelebihan 12 mata kepada Atletico Madrid.