awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barisan kejurulatihan Harimau Malaya berguru di London

Bernama
Bernama
02/05/2023
13:37 MYT
Barisan kejurulatihan Harimau Malaya berguru di London
Delegasi yang diketuai Kim Pan Gon, berjumpa dengan bekas Pengurus Manchester United serta pegawai dan staf kejurulatihan West Ham United ketika lawatan selama seminggu di London, England. - Gambar Facebook Football Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya sempat 'berguru' dengan Pengurus Kelab West Ham United, David Moyes.
Delegasi yang diketuai oleh Ketua Jurulatih Kim Pan Gon, berjumpa dengan bekas Pengurus Manchester United serta pegawai dan staf kejurulatihan West Ham United ketika lawatan selama seminggu di London, England.
Menurut hantaran di laman media sosial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mereka turut mendapat peluang untuk menyaksikan sesi latihan pasukan dan melawat kemudahan latihan kelab berkenaan.
"Selepas perlawanan, Pan Gon bertemu penyerang kebangsaan Korea Selatan, Hwang Hee-chan yang beraksi bersama Wolverhampton Wanderers," menurut FAM.
Sebelum ini, barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya mengadakan lawatan teknikal selama seminggu di Barcelona, Sepanyol bermula 7 April lepas.
Barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya selamat tiba di Kuala Lumpur, semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#FAM
#media sosial
#Manchester United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan