ARHUS (Denmark): Aksi skuad muda negara pada kempen Piala Thomas 2020 berakhir di peringkat separuh akhir semalam telah mencetuskan harapan bahawa masa depan badminton negara adalah cerah.
Pengarah kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann berkata barisan pemain muda negara telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan sudah mencuba sedaya upaya sebelum tewas kepada Indonesia 0-3.
Bagaimanapun, beliau mengakui jurang antara pemain negara muda dan pemain 10 terbaik dunia masih terlalu jauh.
"Penampilan terbaik kami masih tidak bagus untuk menang hari ini...paling baik kita ada peluang menang dua perlawanan tetapi terpaksa akur kepada Indonesia. Saya juga melihat, dari cara mereka bermain, kita ada peluang untuk mencari tiga mata, tetapi tidak berjaya.
"Kita akan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi pemain kita supaya mampu hadir dengan skuad yang lebih mencabar dan bersedia pada edisi akan datang," katanya.
Choong Hann berharap kejohanan itu menjadi pengalaman yang sangat berharga bagi pemain senior seperti Lee Zii Jia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta pemain muda seperti Ng Tze Yong, Leong Jun Hao dan Cheam June Wei serta gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani.
"Selepas pemain telah merasai tahap tekanan dan cabaran yang berat dalam kejohanan berpasukan, mereka diharap meningkatkan persediaan dari segi mental dan fizikal supaya dapat bersedia lebih daripada 100 peratus pada masa akan datang," katanya.
BACA: Piala Thomas: Hasrat Malaysia ke separuh akhir tak kesampaian
BACA: Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik pula kecundang di tangan pemain Indonesia
Pada aksi suku akhir, Malaysia bermula langkah kiri apabila Zii Jia tewas 15-21, 17-21 kepada pemain nombor lima dunia, Anthony Sinisuka Ginting, manakala Aaron Chia-Soh Wooi Yik kalah 17-21, 16-21, 15-21 kepada pasukan nombor satu dunia Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo.
Juara 13 kali Indonesia mengesahkan kemenangan menerusi Jonatan Christie yang menewaskan Ng Tze Yong 14-21, 21-19, 21-16, dan bakal bertemu Denmark esok dalam misi menamatkan kemarau pingat selepas kali terakhir muncul juara pada 2002.
Sementara itu, Zii Jia berkata Ginting telah mempamerkan aksi yang lebih agresif, lebih pantas dan berjaya mengawal permainan dengan baik.
"Dia beraksi dengan lebih fokus dan agresif. Secara keseluruhan, saya rasa skuad kita, termasuk saya masih belum cukup mantap dan perlu lebih berusaha.
"Kita memang nampak pemain muda kita menunjukkan bakat yang mampu menjadi pemain utama pada masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 15 2021
CHOONG HANN: Kita akan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi pemain kita supaya mampu hadir dengan skuad yang lebih mencabar dan bersedia pada edisi akan datang. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
June Wei juara Piala Lin Dan
Cheam June Wei muncul juara Kejuaraan Badminton Terbuka Shenzhen Piala Lin Dan yang berlangsung di Stadium Bao'an, Shenzhen, Wilayah Guangdong, selatan China.
Jurulatih badminton era 70-an Lee Guan Chong meninggal dunia
Anak mendiang Eric Lee berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 7.52 pagi akibat sakit tua pada usia 87 tahun.
Axelsen yakin masih 'berbahaya'
Pemain nombor satu dunia Viktor Exelsen tidak berasa tertekan walaupun mengalami kemarau kejuaraan sejak lima bulan.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.