awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas pasukan Real Madrid alami kemalangan ketika pulang dari Liverpool

Astro Arena
Astro Arena
29/11/2024
10:30 MYT
Bas pasukan Real Madrid alami kemalangan ketika pulang dari Liverpool
Tiada pemain berada dalam bas tersebut namun perkhidmatan kecemasan telah dipanggil berikutan kemalangan yang berlaku semalam. - Stadium Astro
BAS pasukan Real Madrid terlibat dalam pelanggaran dengan lori di Warwickshire ketika dalam perjalanan pulang ke Sepanyol berikutan kekalahan kepada Liverpool.
Tiada pemain berada dalam bas tersebut namun perkhidmatan kecemasan telah dipanggil berikutan kemalangan yang berlaku semalam.
Warwickshire Police mengesahkan tiada kecederaan serius dialami selepas gambar dan video bas pasukan Real Madrid itu mengalami kerosakan di bahu lebuh raya tersebar. Bas itu mengalami kemalangan dengan sebuah lori sekitar jam 1:15 petang (waktu England), membawa kepada kelewatan yang lama berhampiran Warwick dan Hockley Heath.
Just been sent this, Madrid's coach has crashed on the M40. pic.twitter.com/cQXVSgOCXj
— dave (@UTFR93) November 28, 2024
Juara Eropah itu tewas di tangan Liverpool di Anfield, dengan Jude Bellingham dan Kylian Mbappe pulang ke Sepanyol menaiki kapal terbang selepas tewas 0-2. Dilaporkan bahawa dua pemandu dan dua lagi kakitangan kelab menaiki bas itu ketika ia kembali ke Sepanyol.
Kekalahan Real Madrid kepada Liverpool adalah kekalahan ketiga mereka dalam lima perlawanan Liga Juara-Juara musim ini, menyaksikan pemenang 15 kali itu di tempat ke-24 dalam format pertandingan baharu.
Mbappe terlepas sepakan penalti pada separuh masa kedua ketika Liverpool menewaskan Madrid buat kali pertama sejak 2009, berikutan kekalahan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2018 dan 2022. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#bas Real Madrid kemalangan
#menentang Liverpool
#pemain selamat
#perkhidmatan kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan