awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BATC 2022: Pemain badminton kebangsaan M. Thinaah positif COVID-19

Bernama
Bernama
15/02/2022
09:02 MYT
BATC 2022: Pemain badminton kebangsaan M. Thinaah positif COVID-19
BATC 2022 yang membuka tirainya di Pusat Konvensyen Setia City hari ini akan diadakan sehingga Ahad (20 Feb). - Gambar fail/ BAM
SHAH ALAM: Pasukan badminton wanita negara menerima tamparan hebat menjelang perlawanan pembukaan menentang penyandang juara, Jepun dalam Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2022 di sini, lewat hari ini, setelah pemain beregu M. Thinaah disahkan positif COVID-19.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook hari ini memaklumkan bahawa pemain berusia 24 tahun itu, tidak menunjukkan sebarang gejala dan sedang menjalani tempoh pengasingan diri mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta protokol Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai kuarantin.
Bagaimanapun, pasangan Thinaah, Pearly Tan disahkan negatif daripada virus itu.
"Mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kejohanan BATC 2022 mengenai Protokol COVID, ujian RT-PCR wajib dijalankan terhadap kontak rapat Thinaah, Pearly Tan disahkan negatif.
"Semua orang dalam persatuan mendoakan agar Thinaah cepat sembuh," menurut hantaran itu.
BATC 2022 yang membuka tirainya di Pusat Konvensyen Setia City hari ini akan diadakan sehingga Ahad (20 Feb).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BATC 2022
#badminton
#pemain negara
#M Thinaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan