awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BATC 2022: Tewaskan Korea Selatan, skuad lelaki negara mara ke final

Astro Arena
Astro Arena
19/02/2022
12:14 MYT
BATC 2022: Tewaskan Korea Selatan, skuad lelaki negara mara ke final
Beregu Lelaki Negara Aaron Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik beraksi ketika menentang beregu dari Korea Selatan Kim Hwi Tae dan Kim Jaehwan dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Skuad badminton lelaki negara tidak berdepan masalah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia selepas menewaskan Korea Selatan 3-0 dalam aksi separuh akhir di Setia City Convention Center, Shah Alam sebentar tadi.
Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia, bagaimanapun, terpaksa bangkit daripada ketinggalan satu set sebelum melakar kemenangan 13-21, 21-13, 21-15 ke atas Jeon Hyeok Jin dalam masa sejam tujuh minit.
Turun menyumbangkan mata kedua skuad negara adalah gandingan beregu, Aaron Chia-Soh Woi Yik, yang mengatasi cabaran sengit Kim Hwi Tae-Kim Jae Hwan sebelum menang 21-14, 20-22, 21-19 dalam pertarungan yang memakan masa hampir sejam.
Peseorangan meningkat naik, Ng Tze Yong, kemudian mengesahkan kemaraan skuad negara ke final menerusi kemenangan 19-21, 21-16, 21-12 ke atas Kim Joo Wan.
Seterusnya Malaysia akan menantikan pemenang di antara Indonesia dan Singapura dalam satu lagi perlawanan separuh akhir bagi perebutan kejuaraan petang esok.
Topic Berkaitan
#BATC 2022
#skuad lelaki
#final
#Lee Zii Jia
#badminton
#Kejohanan Badminton Berpasukan Asia
#Malaysia
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan