awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BATC: Agong, Raja Permaisuri ucap tahniah kepada skuad lelaki kebangsaan

Bernama
Bernama
21/02/2022
09:05 MYT
BATC: Agong, Raja Permaisuri ucap tahniah kepada skuad lelaki kebangsaan
Pasukan badminton lelaki negara muncul juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City pada Ahad. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada skuad badminton lelaki kebangsaan atas kejayaan menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, semalam.
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua turut menzahirkan sukacita dan bangga atas pencapaian cemerlang itu kerana pasukan badminton negara mencipta sejarah selepas muncul juara kejohanan itu buat pertama kali dengan menewaskan juara bertahan Indonesia 3-0.
"Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar kejayaan ini menjadi suntikan semangat kepada pasukan badminton kebangsaan untuk terus berlatih lebih keras dan melakar kejayaan di kejohanan-kejohanan mendatang serta mengharumkan nama negara di persada dunia," demikian menurut catatan itu.
Semalam, skuad lelaki negara mencipta sejarah selepas muncul juara BATC buat pertama kali dengan menewaskan Indonesia, sekali gus menyekat hasrat musuh tradisi tersebut daripada menjuarai gelaran buat kali keempat berturut-turut pada kejohanan yang bermula sejak 2016 itu.
Kejohanan dwitahunan itu juga merupakan pentas kelayakan bagi saingan Piala Thomas dan Uber, dengan empat pasukan terbaik layak ke acara berpasukan berkenaan yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada Mei depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BATC
#badminton
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan